awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Perancis: Federer tarik diri di Roland Garros

Astro Arena
Astro Arena
07/06/2021
06:36 MYT
Terbuka Perancis: Federer tarik diri di Roland Garros
Juara Grand Slam 20 kali itu berkata dia perlu merehatkan badannya dan memilih untuk menarik diri daripada kejohanan itu. - Reuters
ROGER FEDERER menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi selepas bergelut melepasi pusingan keempat sambil berkata dia tidak ingin terburu-buru dalam menguruskan masalah kecederaannya.
Pemain Switzerland berusia 39 tahun itu menang 7-6, 6-7, 7-6, 7-5 ke atas Dominik Koepfer semalam, dalam satu perlawanan paling panjang pernah dilaluinya sepanjang 18 bulan lalu susulan pembedahan lutut. Pertarungan itu berlangsung selama tiga jam dan 35 minit.
Federer melakukan 63 unforced error dan bergelut untuk memperoleh kemenangan itu di stadium yang tidak berpenonton -- susulan arahan berkurung di Paris bermula jam 9 malam -- dan perlawanan itu tamat hampir jam 1 pagi.
Juara Grand Slam 20 kali itu tidak banyak terlibat dengan kejohanan sepanjang 18 bulan lalu dan berkata dia perlu merehatkan badannya dan memilih untuk menarik diri daripada kejohanan itu.
The Roland-Garros tournament organisers have learned that Roger Federer has withdrawn from the fourth round of the tournament. #RolandGarros pic.twitter.com/BncPpTLUzl
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 6, 2021
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Terbuka Perancis, Federer berkata: "Selepas berbincang dengan pasukan, saya memilih untuk menarik diri daripada Roland Garros hari ini.
"Selepas dua pembedahan lutut dan proses pemulihan lebih setahun ini, adalah penting untuk saya mendengar apa yang badan saya perlukan dan memastikan saya tidak terlalu memaksa diri dan terburu-buru dalam proses pemulihan saya.
"Saya teruja kerana dapat menghabiskan tiga perlawanan. Tiada perasaan lebih baik selain kembali beraksi di atas gelanggang," katanya.
- StadiumAstro / Muzaffar Musa
Topic Berkaitan
#Roger Federer
#federer tarik diri
#Terbuka Perancis
#teis
#masalah kecederaan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan