BANGKOK: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao memulakan kempen mereka dengan langkah kanan di Terbuka Thailand 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamak, di sini semalam.
Tze Yong, pemain nombor 24 dunia itu, hanya mengambil masa 33 minit untuk menewaskan pemain dari India Pyinanshu Rajwat, 21-19, 21-10.
"Terdapat angin dalam dewan yang kuat, namun saya dapat mengatasinya dan menang set pertama. Selepas itu saya bermain dengan lebih yakin dalam set kedua.
"Saya akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok. Saya akan berbincang dengan jurulatih selepas ini," katanya kepada Bernama dan akan bertemu pemain nombor lima dunia Chou Tien Chen dari Taiwan hari ini (1 Jun).
Sementara itu Jun Hao pula berjaya ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil tuan rumah Sitthikom Thammasin, 16-21, 21-16, 21-12.
"Pada set pertama, saya bermain berhadapan angin, yang menjadikan sukar untuk saya memukul bola dam Sitthikom menggunakan kelebihan itu dan melakukan serangan.
"Selepas tewas set pertama, saya mengubah cara permainan dan bermain dengan lebih agresif pada set kedua dan set penentuan. Ini membolehkan saya mengawal permainan dan menang," katanya.
Jun Hao akan berhadapan Christo Popov dari Perancis pada pusingan kedua.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pemain negara Cheam June Wei, apabila tewas kepada juara All England Li Shi Feng dari China 18-21, 21-18, 14-21.
Pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pula berjaya mengalahkan lawan mereka yang juga pasangan nombor lima dunia Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 21-15, 19-21, 21-19 dalam masa 62 minit.
Kejayaan itu kemudiannya diikuti pasangan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie.
Peng Soon-Yee See mengatasi Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dari Singapura 15-21, 21-11, 22-20, manakala Soon Huat-Shevon menewaskan pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yao 19-21, 21-15, 21-15 dalam masa 57 minit.
"Dalam set pertama, saya lakukan banyak kesilapan. Nasib baik Sooh Huat dapat bantu saya dan kami berkomunikasi dengan baik bagi memenangi perlawanan pusingan pertama kami," kata Shevon.
Pusingan kedua hari ini menyaksikan Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan pasangan Jepun Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo; Peng Soon-Yee See pula bertemu pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun; dan Soon Huat-Shevon akan bertemu pasangan Hong Kong Jordan Tang Chun Man-Tse Ying Suet.
Satu lagi pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula gagal meneruskan kemaraan, selepas tewas 21-15, 16-21, 16-21 kepada pasangan Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia-Hsin.
Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei juga terkandas selepas tewas 11-21, 19-21 kepada Hsu Wen-chi dari Taiwan..
Sementara itu, pasangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien menewaskan Indonesia Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose, 17-21, 21-19, 21-11. Mereka akan bertemu pasangan Korea Selatan Jeong Na eun-Kim Hye Jeong pada pusingan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
Tze Yong ketika beraksi menewaskan Priyanshu Rajawat dari India, pada Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, Bangkok, 31 Mei 2023. - Foto Facebook BAM
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.
Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir
Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.
Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing
Pang Ron selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu.
Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.
Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India
Ia selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.
Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.
Terbuka Malaysia: Beregu campuran negara cipta kejutan tewaskan pilihan ketiga dari Jepun
Kejayaan itu sekaligus menamatkan badi kegagalan yang sering dialami di pusingan pertama dalam beberapa kejohanan disertai mereka.