awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu, Kedah gagal peroleh Lesen AFC 2025–2026

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2025
10:00 MYT
Terengganu, Kedah gagal peroleh Lesen AFC 2025–2026
Permohonan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC untuk mendapatkan lesen ACLE dan ACL2 20252026 ditolak oleh First Instance Body (FIB).
HASRAT Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC untuk menyertai saingan peringkat Asia musim depan tidak kesampaian apabila permohonan mereka untuk mendapatkan Lesen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025–2026 ditolak oleh First Instance Body (FIB).
Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif memaklumkan, Terengganu dan Kedah merupakan dua daripada enam kelab Liga Super yang mengemukakan permohonan bagi Lesen Pelesenan Kelab Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim 2024–2025.
"Enam kelab Liga Super yang memohon Lesen Pelesenan Kelab AFC bagi kitaran kali ini ialah Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC.
"Namun, hanya empat kelab berjaya mendapatkan lesen berkenaan iaitu JDT, Selangor, Sabah dan Penang, manakala dua lagi kelab Terengganu dan Kedah gagal dalam permohonan," katanya pada Selasa.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada kelab yang berjaya memperoleh lesen serta penghargaan kepada Terengganu dan Kedah atas usaha dan komitmen mereka dalam melengkapkan proses permohonan.
"FIB mengucapkan tahniah kepada semua kelab yang berjaya serta berterima kasih kepada Terengganu dan Kedah atas kesungguhan mereka. Kami berharap lebih banyak kelab akan tampil memohon Lesen AFC pada masa akan datang demi mengekalkan tahap kompetitif Liga Super," ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Kedah Darul Aman FC
#gagal dapat lesen
#Liga Juara-Juara Asia Elit
#Liga Juara-Juara Asia 2
#First Instance Body
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan