Kerajaan negeri Terengganu akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji kemalangan yang melibatkan atlet lumba basikalnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Rozi Mamat.
Beliau berkata jawatankuasa itu yang akan terdiri daripada pihak dalam dan luar akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN).
Pada Rabu lepas, atlet berbasikal Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, maut setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa menjalani latihan, insiden kedua selepas kejadian 5 Jun lalu yang turut meragut nayawa atlet pelapis bawah 15 tahun Muhammad Syafiq Imran Syahril.
"Kerajaan negeri sangat terasa kerana kemalangan itu berlaku dalam tempoh empat bulan daripada tragedi pertama. Kita telah mengambil beberapa langkah keselamatan tetapi kemalangan tetap berlaku.
"Sehubungan itu saya mengharapkan atlet, pegawai malah persatuan sendiri supaya lebih berhati-hati dan keselamatan atlet hendaklah menjadi keutamaan dalam kita mengejar kejayaan," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata kemalangan seumpama itu tidak dapat dielak kerana pelumba berlatih di jalan raya yang terdedah kepada risiko.
Rozi berkata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan meyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i.
Bernama
Sat Oct 05 2013
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
Terengganu tubuh Jawatankuasa Khas kaji kemalangan atlet berbasikal
Jawatankuasa yang akan terdiri daripada pihak dalam dan luar itu akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN).