awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih TMJ - Faisal Halim

Astro Arena
Astro Arena
27/03/2025
04:05 MYT
Terima kasih TMJ - Faisal Halim
Faisal ketika melepasi asakan pemain Nepal Anjan Bista pada perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa. - Foto Bernama
PENYERANG Harimau Malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa bersyukur apabila dapat kembali menyarung jersi negara selepas setahun tidak dapat melakukannya.
Faisal tidak dapat mewakili negara sejak insiden dirinya disimbah asid pada Mei tahun lalu.
Genap setahun tidak dapat mewakili Harimau Malaya, Faisal kembali diturunkan sebagai pemain gantian ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa.
Kali terakhir Faisal menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika menentang Oman dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Faisal turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana memberinya semangat dan peluang untuk kembali memperkasakan Harimau Malaya.
"Terima kasih kepada FAM, Jurulatih Peter dan Tunku Mahkota Johor yang memberikan peluang dan semangat kepada saya. Sudah setahun saya tidak bersama skuad kebangsaan," katanya.
Terima kasih FAM, Coach Peter dan Tunku Mahkota Ismail beri semangat kepada saya Faisal Halim, one of the greatest comback in football history. @ASTROARENA pic.twitter.com/XKBXSYaUQ7
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 26, 2025
-- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#harimau Malaya
#TMJ
#Peter Cklamovski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan