[TERKINI] FAM bawa kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara
![[TERKINI] FAM bawa kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara [TERKINI] FAM bawa kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-08/81756154128_logoFAM.jpg)
FAM berikrar komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima dokumen alasan penuh keputusan Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengekalkan penolakan rayuan berhubung status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, FAM berkata, persatuan itu akan memulakan proses membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport - CAS) sebagai langkah susulan selepas keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA dikeluarkan awal pagi ini.
Menurut kenyataan itu, tindakan beralih ke CAS dibuat bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan agensi berkaitan.
“FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya,” kata pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
FAM menegaskan, pihaknya juga akan terus komited memberikan kerjasama penuh dalam semua proses perundangan dan mengekalkan pendirian bahawa pemain-pemain terbabit layak mewakili negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


