awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teruskan sokong, doakan atlet negara di Sukan SEA - Faizal Azumu

Bernama
Bernama
13/05/2022
03:39 MYT
Teruskan sokong, doakan atlet negara di Sukan SEA - Faizal Azumu
AHMAD FAIZAL: Saya berharap, pada hari-hari akan datang, semua atlet negara akan bebas daripada kecederaan dan kita akan mencapai sasaran 36 pingat emas. -Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan dan memberi sokongan kepada atlet negara dalam misi memburu pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam.
Beliau berkata atlet negara yang menggalas cabaran negara pada sukan dwitahunan yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei itu terus mempamerkan semangat juang tinggi dan prestasi terbaik untuk mencapai sasaran pingat emas.
"Setakat ini, kontinjen negara menepati sasaran yang ditetapkan malah kita telah memenangi beberapa pingat daripada atlet-atlet baharu khususnya dalam sukan terjun...ini amat membanggakan.
"Saya berharap, pada hari-hari akan datang, semua atlet negara akan bebas daripada kecederaan dan kita akan mencapai sasaran 36 pingat emas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sukan terbesar Asia Tenggara Sukan SEA Ke-31 dengan tema 'Untuk Asia Tenggara Yang Lebih Kukuh' membuka tirai secara rasmi di Hanoi malam tadi.
Malaysia menyasarkan 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa yang dikatakan sangat rendah jika dibandingkan dengan jumlah atlet dihantar ke Hanoi sementara lebih separuh daripada sukan yang dipertandingkan adalah acara Sukan Olimpik.
Mengenai pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027, Ahmad Faizal berkata kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia untuk memastikan penganjurannya berjalan dengan lancar.
Setakat ini, beliau berkata Malaysia yang pernah enam kali diberi tanggungjawab menjadi tuan rumah temasya itu belum membuat apa-apa keputusan setelah dipilih sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA.
Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah temasya itu pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Sukan SEA
#sasaran 36 pingat emas
#Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan