KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mara ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti setelah kedudukan terikat satu sama pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.
Dengan kemenangan itu, TFC yang dibimbing ketua jurulatih Nafuzi Zain akan berdepan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Pasukan kendalian Michael Feichtenbeiner bermula garang dengan melancarkan serangan seawal minit ketujuh ke kubu pertahanan tuan rumah, namun percubaan Nor Hakim Hassan berjaya digagalkan penjaga gol Rahadiazli Rahalim.
Pasukan tuan rumah yang mula mendapat rentak bangkit melakukan serangan balas dan beroleh peluang pada minit ke-18, sayangnya rembatan deras Petrus Shitembi sedikit tinggi melepasi palang.
Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, Selangor terlebih dahulu mencetak gol pertama pada minit ke-23 menerusi Nor Hakim untuk meletakkan skuad The Red Giants di hadapan.
Pada minit ke-42 skuad Penyu beroleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan, malangnya sepakan gunting kapten pasukan Kipre Tchetche pula terkena palang.
Bersambung babak kedua, TFC yang ketinggalan 0-1 melancarkan serangan ke kubu lawan sebaik wisel mula ditiupkan.
Usaha tersebut membuahkan hasil apabila rembatan deras Faisal Halim berjaya menggegar gawang lawan pada minit ke-48 untuk menceriakan lebih 30,000 penonton tuan rumah dan menyamakan kedudukan satu sama.
Sehingga babak kedua berakhir, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan satu sama menyebabkan perlawanan terheret ke masa tambahan.
Pada masa tambahan kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus namun gagal meraih gol, justeru membawa perlawanan ke penentuan penalti yang berakhir dengan kemenangan kepada skuad Penyu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Dengan kemenangan itu, TFC yang dibimbing ketua jurulatih Nafuzi Zain akan berdepan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT). - Gambar/ Stadium Astro

'Terduduk lihat jenazah isteri'
Motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.

Padah cabar polis di TikTok
Hasil daripada beberapa video yang diperoleh menerusi akaun TikTok 'nish V1 buruk', suspek berusia 20 tahun telah ditahan di Sikamat.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

TFC mara ke final Piala FA, tewaskan Selangor dalam penentuan penalti
Terengganu FC (TFC) mara ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti.

Penyokong dinasihat utamakan keselamatan semasa beli tiket final Piala FA - Polis
Penyokong diingatkan agar tidak mengabaikan keselamatan dalam keghairahan untuk mendapatkan tiket sehingga menggunakan kekerasan terhadap penyokong lain

PKNS fokus dalam misi cipta kejutan ke atas JDT
Elavarasan lega semangat tinggi barisan pemainnya memudahkan perancangannya dalam membentuk strategi terbaik menjelang aksi final Piala FA.