awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand ujian sebenar Harimau Muda

Bernama
Bernama
11/09/2023
22:45 MYT
Thailand ujian sebenar Harimau Muda
Skuad Harimau Malaya B-23 menjalani latihan menjelang aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Thailand di Stadium Chonburi, malam ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Kemampuan sebenar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara bakal teruji apabila dijadual menentang Thailand pada aksi ketiga Kumpulan H pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi, Bangkok, hari ini.
Pertahanan skuad Harimau Muda V. Ruventhiran berkata pasukan perlu memantapkan corak permainan apabila berdepan pasukan tuan rumah itu kerana dua perlawanan menentang Bangladesh dan Filipina baru-baru ini tidak memberi cabaran getir.
"Memang kita telah melakukan dengan baik pada dua perlawanan sebelum ini, tetapi ia ibarat perlawanan persediaan untuk pasukan. Jadi, saya fikir malam esok merupakan satu perlawanan besar dan kita mahu menang.
"Kita lihat dulu bagaimana persiapan jurulatih untuk pasukan bagi perlawanan esok. Kita akan buat sehabis baik untuk menang dan harap semua dapat sokong," katanya menerusi audio dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media semalam.
Sementara itu, penyerang pasukan Alif Ikmalrizal Anuar bertekad untuk menampilkan aksi terbaik sekiranya diturunkan menentang Thailand.
Beliau optimis pasukan negara mampu mempamerkan prestasi cemerlang ketika menentang pasukan tuan rumah sekali gus meraih tiga mata berharga.
"Alhamdulillah, tiada pemain yang cedera, semua boleh beri komitmen 100 peratus pada perlawanan malam esok... kalau saya diberi peluang pada malam esok saya akan buat yang terbaik untuk bantu pasukan melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.
Skuad Harimau Muda yang mengutip enam mata, kini berada di tangga kedua Kumpulan H dengan perbezaan dua jaringan berbanding Thailand yang menghuni tempat pertama.
Skuad muda negara menewaskan Bangladesh 2-0 pada aksi pembukaan sebelum membenam Filipina 4-0 pada aksi kedua peringkat kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad B-23 negara
#harimau muda
#Kelayakan Piala Asia B-23 2024
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan