awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

THT ubat kecewa, juarai MHL 2025

Bernama
Bernama
16/02/2025
21:21 MYT
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Pemain Territory Stingers Calvin Adrian Farmilo bersaing dengan pemain THT pada perlawanan akhir TNB Liga Hoki Malaysia 2025 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Terengganu Hockey Team (THT) mengubati kekecewaan musim lalu apabila merampas takhta kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025 dengan membelasah wakil Australia, Territory Stingers 4-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil di sini malam tadi.
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
Terdahulu, THT hanya perlu meraih keputusan positif sebelum disahkan sebagai juara, menyaksikan penyerang prolifik Faizal Saari muncul wira apabila menyumbat kesemua empat gol (minit ke-14, 24, 32, 33), sekali gus menghadiahkan kemenangan bersih sembilan perlawanan sepanjang musim ini.
"Alhamdulillah untuk perlawanan hari ini kerana pemain-pemain kita memang sudah bersedia dari segi mentaliti. Ini adalah perlawanan yang menjadi peluang untuk kita mengubati kekecewaan musim lalu.
"Pemain-pemain menggunakan peluang dengan baik dan mereka bermain bermati-matian hari ini bagi mendapatkan kejuaraan liga,"* kata ketua jurulatih THT Mohd Harfizi Baharom kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Mohd Harfizi dalam masa yang sama optimis kejayaan yang dilakar anak buahnya akan menjadi tonik terbaik buat THT, yang kini mengalihkan tumpuan bagi merebut Piala TNB minggu hadapan.
Untuk rekod, THT turut merampas Piala Sumbangsih 2025 daripada seteru terdekat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meraih gelaran treble musim lalu (Piala Sumbangsih, Piala TNB, dan kejuaraan liga).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#THT
#Liga Hoki Malaysia
#hoki
#MHL 2025
#Terengganu Hockey Team
#Territory Stingers
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan