awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN

Bernama
Bernama
31/03/2024
07:11 MYT
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
MSN memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
MSN dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu selepas siasatan teliti dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MSN menerusi Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan (JSPS) pada 26 Mac lepas.
"MSN menerusi JSPS telah menjalankan siasatan teliti termasuk menemubual pelbagai pihak berkaitan.
"Hasil penelitian hasil siasatan, MSN menerusi cadangan diberikan JSPS juga mendapati tiada sebarang asas atau saksi untuk menyokong dakwaan salah laku berkenaan," menurut kenyataan itu.
Justeru, MSN memutuskan jurulatih berkenaan diberikan semula tanggungjawab melatih perenang para negara yang sedang bersiap untuk temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 dalam tempoh terdekat ini.
MSN dalam masa sama menjamin persekitaran selamat kepada semua pihak yang terbabit dalam program latihan kendaliannya dan tidak pernah memandang ringan mana-mana aduan salah laku yang dikemukakan.
"MSN juga memiliki prosedur aduan dan siasatan menyeluruh serta telus, termasuk keutamaan melindungi privasi dan kerahsiaan semua pihak yang terlibat dalam mana-mana siasatan dijalankan.
"Sehubungan itu, MSN berharap semua pihak, termasuk media massa, memahami bahawa kesejahteraan mental dan fizikal atlet-atlet para sentiasa menjadi keutamaan," menurut kenyataan.
Februari lepas, media tempatan melaporkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengesahkan jurulatih para telah disiasat kerana melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet para bawah umur.
Menurut laporan itu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin memaklumkan badan induk itu telah membuat laporan polis selepas menerima e-mel berhubung perkara berkenaan daripada Persatuan Renang Para Malaysia (MPSA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Majlis Sukan Negara
#PDRM
#jurulatih para renang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan