KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan pemain negara tidak akan lagi dibezakan dengan 'pangkat' junior dan senior sebaliknya berdasarkan kedudukan ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka.
"Kami telah memutuskan kerana terdapat penstrukturan semula dalam kejurulatihan... mulai sekarang, anda akan membezakan pemain bukan berdasarkan junior atau senior, tetapi mengikut ranking dunia.
"Pemain junior sudah mencapai keputusan baik dan mereka akan bersaing di peringkat senior," katanya kepada pemberita Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM kali ke-79 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini semalam.
Beliau enggan menerima 'pandangan' pemain Malaysia hanya matang pada usia 25 ke atas kerana mutu pemain negara lain semakin meningkat walaupun masih muda.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza memaklumkan BAM akan mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan pertumbuhan pemain muda negara dengan bersetuju menambah nilai geran kepada persatuan negeri mengikut prestasi pemain.
Beliau berkata sebelum ini peruntukan geran untuk persatuan negeri yang bernaung di bawah badan induk itu menerima antara RM300,000 hingga RM450,000.
"Kita faham sesetengah negeri membelanjakan lebih banyak wang dan usaha untuk membangunkan pemain muda berbanding negeri lain.
"Sebagai contoh, jika persatuan negeri sebelum ini menerima geran RM300,000, jumlah itu tidak akan disentuh tetapi akan ada tambahan berdasarkan prestasi dan kriteria berasaskan aktiviti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Mohamad Norza (dua, kiri) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Bukit Kiara semalam. Turut serta, Timbalan Presiden BAM Datuk V Subramaniam (kanan). -- fotoBERNAMA
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Tiada lagi 'pangkat' senior dan junior dalam skuad kebangsaan - Norza
Pemain muda turut akan dihantar bertanding bersama pemain senior dalam kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
'Cakap semua senang, tapi kerja ini siapa nak buat' - Norza
Norza mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai 'bos' badan induk tersebut demi kemajuan badminton negara di pentas antarabangsa.
Usah ragu kemampuan pemain badminton negara - BAM
Mohamad Norza berkata keputusan mengecewakan di laman sendiri membuka mata pihaknya untuk membuat persediaan lebih rapi.