PETALING JAYA: Walaupun berminat untuk menyaksikan kembali penganjuran Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak mempunyai sebarang perancangan menganjurkan saingan perlumbaan kereta berprestij itu dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata pihaknya merasakan ia bukan waktu tepat untuk menganjurkan semula perlumbaan itu mengambil kira usaha kerajaan ketika ini dalam membantu rakyat membina semula kehidupan ekoran pandemik COVID-19.
Beliau berkata SIC juga perlu mempertimbangkan beberapa perkara terutama dari segi bajet dan sokongan daripada pelbagai pihak sekiranya promoter sukan permotoran itu ditawarkan peluang untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan pada masa hadapan.
"Pertimbangan seharusnya kita tengok secara menyeluruh, bagaimana F1 dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada syarikat, malah keuntungan kepada Malaysia dari aspek penjenamaan, keupayaan untuk memberi peluang pekerjaan, pembangunan bakat dan lain-lain.
"Jadi, bila kita bayar hak penganjuran (F1) itu yang agak tinggi, pulangan yang masuk itu harus tinggi secara keseluruhannya, bukan sahaja dari aspek SIC," katanya pada sesi pertemuan bersama media tempatan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Azhan Shafriman berkata sekiranya terdapat tawaran daripada pihak F1, selain sokongan daripada kerajaan dan sektor swasta, SIC akan menyokong penuh usaha bagi membawa saingan perlumbaan itu kembali ke Malaysia.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata kerajaan mengalu-alukan bantuan pihak swasta untuk memberi sumbangan sebagai usaha membawa kembali penganjuran F1 ke negara ini.
Ahmad Faizal berkata ini kerana pihaknya dimaklumkan usaha untuk membawa saingan perlumbaan itu melibatkan kos yang amat tinggi iaitu melebihi RM200 juta.
Kali terakhir F1 dianjurkan di SIC adalah pada 2017 iaitu bagi edisi ke-19 sejak kali pertama dianjurkan di litar itu pada 1999.
Ia menyaksikan kedatangan 110,604 penonton dalam tempoh tiga hari, sekali gus melepasi jumlah yang disasarkan iaitu lebih 102,000 penonton dan daripada jumlah itu, seramai 56,015 penonton hadir pada hari perlumbaan.
Pada edisi terakhir di SIC itu, pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen menjuarai perlumbaan mengatasi Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas di tempat kedua sementara Daniel Ricciardo (Red Bull) ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
SIC perlu mempertimbangkan beberapa perkara terutama dari segi bajet dan sokongan pelbagai pihak sekiranya ditawarkan peluang untuk menganjurkan perlumbaan berkenaan pada masa hadapan. - Gambar fail/ Reuters
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
Ujian pramusim: Bastianini catat masa terpantas di Sepang
Pelumba Itali Enea Bastianini secara tidak rasmi muncul pelumba MotoGP terpantas selepas mengatasi rekod sepusingan terpantas musim lepas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
KBS, SIC bantu penempatan Qabil Irfan bagi latihan komprehensif
KBS bersama SIC akan membantu penempatan baharu Qabil Irfan Azlan di Selangor selepas beliau diserap masuk sebagai atlet sepenuh masa dalam Program Pembangunan Sukan Permotoran.
GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.
MotoGP: Marquez ungguli perlumbaan pecut, Bagnaia ketiga
Pelumba MotoGP Gresini Racing Alex Marquez muncul juara perlumbaan pecut yang buat pertama kalinya diadakan pada Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
SIC rai delegasi antarabangsa, pamer fasiliti
Hari Terbuka SIC merupakan inisiatif dan pemangkin dalam meyakinkan pihak berkepentingan daripada industri permotoran Malaysia dan luar negara.
Malaysia bakal terima kedatangan 11,000 peminat Indonesia ke Grand Prix 2023
SIC komited untuk memberikan kualiti tertinggi untuk perlumbaan dan akan memastikan penonton akan menyaksikan aksi hebat di trek.
SIC jalankan siasatan menyeluruh kekecohan semasa hari litar
SIC kesal dengan kejadian malang itu hingga menyebabkan kekecohan yang berlaku di litar mereka.
Nazim sekadar tempat kelima pada pusingan pertama
Perlumbaan terbabit akan kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos depan.