BEKAS Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim tampil menyatakan tiada pihak mempengaruhi beliau untuk meninggalkan kem Harimau Selatan musim depan.
"Saya ingin tegaskan di sini, tiada apa-apa atau sesiapa yang mempengaruhi pemergian saya dari JDT.
"Tidak ada kena mengena dengan sesiapa, ia adalah keputusan bersama demi kepentingan kelab dan saya sendiri.
"Jangan ada pihak yang sesuka hati membuat spekulasi sendiri hingga memburukkan keadaan antara dua pihak," katanya dipetik daripada Instagramnya hari ini.
Sebaliknya bekas tonggak Harimau Malaya itu berkata, beliau akan kembali bersama kuasa bola sepak negara itu pada masa depan seandainya ada rezeki.
"Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.
"Saya berterima kasih kepada kelab terutama sekali Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempercayai saya selama ini banyak membantu saya dan keluarga saya.
"Enam tahun mungkin tak cukup untuk saya balas budi baik Tunku dan JDT," katanya.
Tambah Safiq lagi, satu penghargaan terbesar kerana dapat bersama dalam keluarga JDT dan mengecapi kejuaraan bersama.
"Terima kasih semua termasuk penyokong Merah Biru," katanya.
Safiq yang menyertai Harimau Selatan pada 2013 membantu kelab berkenaan merangkul kejuaraan Liga Super lima kali berturut-turut sejak 2014, Piala Malaysia 2017, Piala FA 2016 dan Piala AFC 2015.
Sinar Harian
Wed Nov 07 2018

Bekas tonggak Harimau Malaya itu berkata, beliau akan kembali bersama kuasa bola sepak negara itu pada masa depan seandainya ada rezeki.

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANIxGEMPAK | Azhar Osman kembali dengan 'Ternyata'
Betahun lamanya tidak mendengar berita pelakon dan penyanyi, Azhar Osman, akhirnya dia kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharu berjudul Ternyata.

Operasi Automatik Jadi Pendorong Baharu Pelabuhan Tianjin
Pelabuhan Tianjin, pelabuhan terbesar di utara China dan pintu masuk maritim utama ke Beijing menerima suntikan semangat baharu dengan pelaksanaan sistem operasi automatik. Kini, kontena dari kapal kargo dianggkat secara automatik oleh kren dan diletakkan di atas trak tanpa pemandu yang boleh menavigasi pelabuhan itu dengan sendirinya.

Alam Sekitar | Air tercemar Loji Fukushima akan dilepaskan
Kerajaan Jepun meluluskan pelan untuk melepaskan lebih 1 juta tan air terawat dari Loji Nuklear Fukushima ke laut. Langkah tersebut mencetuskan bantahan dalam kalangan komuniti nelayan Jepun, selain daripada China dan Korea Selatan.

Ramadan | Rindu kampong halaman, realiti warga kota
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, rata-rata masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman bagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang. Namun dua tahun berlalu, rentas negeri masih dikuatkuasakan ekoran pandemik COVID-19.

China Promosi Hubei Secara Global
Kementerian Luar China menganjurkan promosi global khas untuk memperkenalkan Wilayah Hubei kepada dunia luar bertemakan "Heroic Hubei: Reborn for New Glories" di Beijing pada Isnin. Menurut kementerian itu, ia merupakan acara utama yang dirancang untuk kembali meningkat dan menghidupkan pertukaran serta kerjasama antara wilayah di tengah China itu dengan seluruh dunia.

Perkembangan COVID-19 di Malaysia (13 April 2021)

Bazar Ramadan | 2,500 peniaga bakal terima sagu hati
Lebih 2,000 peniaga terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian sagu hati kepada para peniaga.

COVID-19 | Penduduk Terengganu gesa SOP dikaji semula
Orang ramai di Terengganu memohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu diperketatkan bagi menggelak kemunculan kluster baharu. Kebimbangan ini susulan, Terengganu adalah negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R Naught) COVID-19 tertinggi ketika ini.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.

Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola
Muhammad Hafidz Abdullah, pelajar PhD meninggal dunia di Unit Rawatan Kritikal, Northern General Hospital di Sheffield.

Bekas penyerang handalan Tok Gajah Rosmaini meninggal dunia
Bekas penyerang skuad bola sepak negara negara dan skuad Pahang pada era 70 dan 80-an, Rosmaini Mohd Shah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Kontrak Neymar, Mbappe? Saya fikir PSG akan dapat berita baik - Leonardo
Mbappe sudah lama dikaitkan untuk menyertai Real Madrid manakala Neymar pula dengan kepulangan ke Barcelona.

Persatuan Mini Football Malaysia ditubuhkan
Persatuan itu menyasarkan untuk mempromosikan bola sepak mini, yang kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Cheng Hoe lega dengan pindaan jadual Liga-M 2021
Cheng Hoe sangat gembira dan berterima kasih kepada MFL yang mempertimbangkan permohonan pihaknya untuk meminda kalendar Liga-M 2021.

Presiden AFC mahu prestasi Harimau Malaya dipertingkat
Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa menekankan bahawa prestasi pasukan bola sepak kebangsaan perlu dipertingkat.

Tunggakan gaji Perak FC: Tidak adil letak kesalahan pada kerajaan negeri
Saarani menegaskan, isu berkenaan gaji pemain dan sebagainya bukan menjadi tanggunggjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

Manchester City rugi RM718.68j
Secara keseluruhan, pendapatan City menurun 11 peratus iaitu kepada 478.4 juta pound (RM2.7b bilion) daripada 12 bulan sebelumnya.