awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada yang berubah sebagai pemain - Firhan

Bernama
Bernama
05/10/2020
23:35 MYT
Tiada yang berubah sebagai pemain - Firhan
'Apa yang saya perlu buat ialah fokus, teruskan kehidupan,' kata Firhan. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Episod sedih yang melanda Firhan Ashari susulan kehilangan puteri kesayangannya bulan lepas, tidak menjejaskan tumpuannya sebagai pemain hoki negara.
Mengakui terkesan dengan kehilangan anaknya, Nur Ayra Delisha, namun selepas perbincangan dengan isteri dan ahli keluarga yang memberi motivasi, pemain dari Terengganu itu mahu memberi fokus mendapatkan tempat dalam skuad kebangsaan.
Pemain berusia 27 tahun itu antara yang dipanggil oleh ketua jurulatih A. Arul Selvaraj menjalani sesi pemilihan selama empat minggu sebelum tersenarai dalam skuad 'Speedy Tigers'.
"Setakat ini, tiada apa yang perlu difikir, hanya kembali bersama pasukan. Kalau ikutkan dari segi mental tidak ada yang berubah, hanya kehidupan sedikit lari (berbeza).
"Apa yang saya perlu buat ialah fokus, teruskan kehidupan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama latihan skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini pada Isnin.
Firhan kehilangan anaknya berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat serangan sawan pada 12 Sept lepas.
Menurut Arul Selvaraj, seramai 37 daripada 38 pemain melaporkan diri kecuali Harvinder Singh yang tidak hadir pada sesi latihan berkenaan selepas menolak panggilan atas komitmen kerja sebagai akauntan.
Kesemua pemain bakal dinilai, termasuk tujuh muka baharu dalam tempoh empat minggu itu sebelum menamakan 25 pemain skuad 'Speedy Tigers' dan pemain akan diuji dengan enam aksi persahabatan sesama mereka.
"Saya baharu terima e-mel dari Harvinder yang menyatakan beliau tidak dapat beri komitmen untuk tiga bulan lagi kerana kekangan kerja. Saya tidak rasa ini sebagai kehilangan buat pasukan, tetapi beliau yang kehilangan peluang.
"Enam perlawanan telah dirancang sebagai sesi pemilihan sepanjang empat minggu, jadi pemain dapat bermain secara kompetitif serta berehat.
"Muka baharu dipilih atas kerja keras dan etika kerja yang ditunjukkan, jadi saya mahu melihat itu berterusan manakala pemain lain boleh jadikan ini sebagai contoh etika kerja standard dalam pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#hoki
#keluarga
#motivasi
#anak
#Firhan Ashari
#terengganu
#skuad kebangsaan
#jurulatih
#Speedy Tigers
#sawan
#A Arul Selvaraj
#sesi pemilihan
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan