NEYMAR berkata air matanya dalam kemenangan dramatik 2-0 Brazil ke atas Costa Rica malam tadi adalah kerana "terlalu gembira" tetapi menggariskan dia berhempas-pulas untuk cergas tepat pada masanya bagi beraksi dalam Piala Dunia.
Neymar menerusi media sosial selepas kemenangan Kumpulan E itu menjelaskan mengapa dia menekup muka dengan tangannya dan menangis setelah menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ketujuh masa tambahan untuk melengkapkan kemenangan pertama pasukannya di Russia 2018.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu, yang sebelumnya dinafikan penalti akibat dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR), berehat tiga bulan akibat kecederaan metatarsal dalam usahanya ke Piala Dunia dan perlawanan pembukaan Brazil -- seri 1-1 dengan Switzerland -- adalah perlawanan kompetitif pertamanya sejak Februari lalu.
BACA: Neymar gagal 'perdaya' VAR, Coutinho tampil cetus kemenangan pertama Brazil
"Tidak semua orang tahu apa yang saya lalui untuk ke sini," kata pemain berusia 26 tahun itu menerusi Instagram. "Saya menangis kegembiraan, mengatasi, berusaha dan ingin menang.
"Perkara tidak pernah mudah dalam hidup saya, kenapa ia harus sekarang?"
Setelah mengambil empat mata daripada dua perlawanan pertama mereka, Brazil memerlukan keputusan positif menentang Serbia untuk memastikan kelayakan mereka ke peringkat kalah mati.
Neymar memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya dan menegaskan bahawa Brazil tetap berada di landasan untuk ke peringkat seterusnya, dengan berkata: "Mimpi -- tidak, matlamat -- masih hidup.
"Tahniah untuk persembahan kamu semua. kamu sangat hebat."
Astro Arena
Sat Jun 23 2018

NEYMAR: Saya menangis kegembiraan, mengatasi, berusaha dan ingin menang. - Foto Astro ARENA

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.
Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021.
#AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Kudeta Myanmar | Ketegangan meningkat, empat dilapor maut dalam protes
Setelah sebulan Myanmar berada bawah pimpinan Junta tentera, kawalan pihak berkuasa ditingkatkan kepada tahap tertinggi hari ini.
Sekurang-kurangnya empat dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar.

Cetak Rompak | Penguatkuasa perlu lebih agresif - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa semua agensi penguatkuasa menggembleng usaha menangani isu cetak rompak dengan lebih agresif. Presidennya, Rozaidi Jamil berkata penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892911/8967789641614516416020_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 300,752 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 26,205 kes.
Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,251 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 273,417 kes.
Sehingga kini, 202 kes positif sedang dirawat di ICU, 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 9 kes kematian hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,130 kes.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

COVID-19 | Risiko tinggi jika dijangkiti COVID-19
Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa.
Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19.
Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.

Prihatin Rakyat | BPN ringankan kesukaran hidup
Walaupun berdepan detik sukar ketika penularan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan masih meneruskan keprihatinan bagi kebajikan rakyat.
Prihatin dengan nasib yang ditimpa, pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disediakan bertujuan meringankan beban rakyat.
Pada 27 Mac lalu kerajaan melancarkan BPN, sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

KLUFC juara sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan
KLUFC menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

SAM gesa kaji semula SOP liputan media semasa perlawanan MFL
MFL disaran mengkaji semula beberapa peraturan ditetapkan terhadap pihak media yang membuat liputan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021.

Kongres FAM: Subahan tidak pertahan jawatan, Afandi intai peluang kembali
Hanya nama Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram menjadi calon bagi mengisi dua jawatan Timbalan Presiden.

Satu kejutan Liverpool akhiri saingan di kelompok empat terbaik - Redknapp
Masalah kecederaan menjadi pematah peluang Liverpool mempertahankan kejuaraan, dengan kapten, Jordan Henderson, antara terbaru dalam senarai tersebut.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.

Perak FC sahkan penamatan kontrak Mehmed sebagai ketua jurulatih
Penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.

Astro hasil dokumentari eksklusif dengan KLUFC
Astro dan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengumumkan akan menyiarkan satu dokumentari baharu kisah di belakang tabir pasukan itu pada musim Liga Super Malaysia akan datang.

EPL: Kami fokus kepada permainan sendiri - Solskjaer
United mengatasi Newcastle United 3-1 awal pagi tadi untuk kekal di tangga kedua, di hadapan Leicester City dengan perbezaan jaringan tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.