ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 September 2026.
Polis lepaskan tembakan ke arah tayar Myvi, pasangan kekasih rempuh polis
Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan melanggar motosikal URB.
Aksi santai itu berlangsung pada majlis makan malam gala yang dianjurkan Perdana Menteri India, Narendra Modi, di Bharat Mandapam, New Delhi.
Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri di Putrajaya
Bedah siasat akan dilakukan hari ini dan siasatan diklasifikasi sebagai mati mengejut manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
BRICS 2026: Malaysia akan terus bersuara walaupun AS rakan strategik - PM Anwar
Anwar berkata hubungan baik antara negara tidak bermakna sesebuah kerajaan perlu bersetuju dengan semua dasar yang dilaksanakan oleh rakan strategiknya.
BRICS 2026: Keganasan Israel di Asia Barat jerut ekonomi dunia, lonjak inflasi - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan kemakmuran sejagat mustahil dicapai selagi perang serta pencerobohan berterusan rejim Israel di Asia Barat dibiarkan.
Jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq selamat dikebumikan di Senawang
Solat jenazah Allahyarham Zainol Afiq disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Bandar Baru Senawang, yang diimamkan bapanya, Bee Sham Ahmad.
RCI Tabung Haji: Jamil Khir didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang sebelum ini disiasat berhubung isu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Timbalan Ketua Polis Negara baharu diumum dalam tempoh terdekat - Saifuddin
Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PM Anwar sahkan Malaysia pertimbang peroleh peluru berpandu Brahmos India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia sedang meneroka kemungkinan untuk memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos India.
Empat agensi bantu KKM laksana penerbangan ihsan untuk rakyat di pedalaman - Dr Dzulkefly
Empat agensi kerajaan akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan penerbangan ihsan bagi membantu rakyat di pedalaman yang memerlukan bantuan perubatan