awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidur sebentar strategi Nor Farah takluk dunia

Bernama
Bernama
03/04/2025
20:30 MYT
Tidur sebentar strategi Nor Farah takluk dunia
Nor Farah berkata amalan tidur sebentar atau 'power naps' sebelum bertanding merupakan antara faktor yang membantunya mengekalkan kecergasan dan fokus sepanjang kejohanan. - Foto Facebook/Bowls Malaysia
KUALA LUMPUR: Setiap atlet mempunyai strategi tersendiri bagi meningkatkan pretasi sebelum beraksi, termasuk ratu boling padang negara Nor Farah Ain Abdullah.
Nor Farah, yang muncul juara dunia tahun lepas, berkata amalan tidur sebentar atau 'power naps' sebelum bertanding merupakan antara faktor yang membantunya mengekalkan kecergasan dan fokus sepanjang kejohanan.
"Saya biasanya tidur sebentar sekitar 15 minit untuk mengembalikan tenaga. Selepas bangun, saya akan melakukan regangan sebelum bersedia untuk bertanding," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Nor Farah, amalan itu bermula secara tidak sengaja ketika menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022 apabila dia tertidur akibat keletihan.
Tanpa disangka, tindakan itu memberi kesan positif terhadap tumpuannya semasa bertanding, menjadikannya rutin wajib sebelum setiap perlawanan.
"Saya boleh tidur di mana-mana sahaja, sama ada di kerusi atau bilik persalinan. Saya hanya perlu menutup muka cukup dan tak perlu lama (untuk tidur)... cukup sekitar 15 minit," kata anak bongsu daripada enam beradik itu.
Menurut Nor Farah, ketua jurulatih kebangsaan Zuraidi Puteh turut menyedari rutin itu tetapi tidak menghalang selagi ia membantu prestasinya di gelanggang.
Amalan tidur sebentar sebelum perlawanan bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia sukan. Legenda snuker Britain, Ronnie O'Sullivan, dan pelari pecut tersohor Jamaica, Usain Bolt, turut dilaporkan mengamalkannya bagi meningkatkan fokus dan tenaga.
Kajian dalam bidang sains sukan juga menunjukkan bahawa tidur singkat sebelum aktiviti fizikal dapat membantu meningkatkan daya reaksi, kejelasan mental dan ketahanan fizikal.
Nama Nor Farah mula mencuri perhatian selepas memenangi pingat emas dalam acara individu wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands.
Awal bulan lepas, atlet kelahiran Kuala Selangor itu terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah sebagai pemain nombor satu dunia.
Ketika ini, Nor Farah sedang giat melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2025 di Aberdeen, Scotland, dari 20 hingga 25 April, dengan sasaran mempertahankan gelarannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#boling padang
#mencipta sejarah
#pemain nombor satu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan