KUCHING: Tiga pesilat Sarawak menunjukkan prestasi membanggakan selepas menumpaskan lawan masing-masing pada hari kedua kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, pada Rabu.
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi mereka.
Josh Chua yang bertanding dalam kategori Putra C junior tangkas menguasai pertarungan dengan mempelbagaikan gaya serangan mengelirukan lawannya dari Pahang, Mohamad Mirza Danish Abdullah untuk menang dengan pungutan mata 72-18.
Shahameirul Shelby yang beraksi dalam kategori Tunggal Putra turut mencatat nama sebagai pemenang walaupun berkongsi markah 9.9 mata dengan lawannya, Mohd Hearri Chieng Mohd Firdaus Cheng yang mewakili skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam kategori Tunggal Baku Putra, Suhaiqal Suhardie berjaya meraih 9.885 mata berbanding lawannya, Dapa Riki Ananda dari Indonesia yang menamatkan pertarungan tersebut dengan mengumpul 9.850 mata.
Selain kebangkitan yang dipamerkan oleh pesilat Sarawak, turut mencuri tumpuan hari ini adalah rentak yang dipersembahkan oleh jaguh dari Amerika Syarikat, Omar Daken yang beraksi dalam dua peringkat suku akhir, kategori Tunggal Putra Baku dan kategori Putra C junior.
Namun, beliau kurang bernasib baik apabila kalah kedua-duanya, di mana bagi pertarungan kategori Tunggal Putra Baku, Omar tunduk kepada pesilat Singapura, Raif Muhd Syariz Muhd Rizal, manakala dalam kategori Putra C junior, impiannya dileburkan oleh jaguh Indonesia, Dapa Riki Ananda.
Selepas dua hari bertarung, perjalanan kejuaraan ini berjalan lancar dan para pesilat dilihat semakin meningkatkan momentum persembahan masing-masing dalam misi untuk memburu kejayaan buat kontinjen mereka.
Kejuaraan ini yang pertama seumpamanya dihoskan oleh Sarawak, berjaya menarik penyertaan lebih 500 pesilat termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Singapura, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Kejuaraan ini yang pertama seumpamanya dihoskan oleh Sarawak, berjaya menarik penyertaan lebih 500 pesilat termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Singapura, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. - Foto Facebook/One Silat
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tiga pesilat Sarawak raih kemenangan dalam Kejuaran Silat Premier Antarabangsa 2023
Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie berjaya melepasi halangan suku akhir dalam kategori yang ditandingi.