awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiger Woods selamat jalani pembedahan buku lali di New York

Bernama
Bernama
20/04/2023
09:34 MYT
Tiger Woods selamat jalani pembedahan buku lali di New York
Beliau menjalani pembedahan pada Rabu di New York dan kemungkinan besar tidak akan menyertai kejohanan US PGA Championship bulan depan. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Tiger Woods selamat menjalani pembedahan buku lali bagi merawat arthritis yang disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Pada awal bulan ini, pemain berusia 47 tahun itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan Masters akibat kecederaan yang dikaitkan dengan "plantar fasciitis".
Beliau menjalani pembedahan pada Rabu di New York dan kemungkinan besar tidak akan menyertai kejohanan US PGA Championship bulan depan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan di saluran media sosial Woods: "Pembedahan dilakukan oleh Dr Martin O'Malley di Institut Perubatan Sukan HSS di New York City dan beliau semakin pulih."
Woods pernah mengalami kecederaan serius dalam nahas jalan raya di Los Angeles pada Februari 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiger Woods
#nahas jalan raya
#pembedahan buku lali
#arthritis
#plantar fasciitis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan