Lebih 2,000 penyokong T-Team hampa apabila tiket bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara pasukan itu dengan Selangor malam ini habis dijual dalam masa hanya 45 minit sahaja.
Menerusi tinjauan Bernama, terdapat penyokong yang tidak berganjak di depan kaunter tiket di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini walaupun kaunter sudah ditutup sejam lalu setelah dibuka mulai pukul 9.15 pagi.
Sebanyak 8,000 keping tiket diperuntuk oleh pihak pengurusan stadium untuk penyokong T-Team.
Noor Fazhana Abd Wahab, 32, berkata beliau amat kecewa kerana setelah berbaris hampir sejam, akhirnya diberitahu tiket sudah habis.
"Saya dan empat adik beradik saya yang lain bertolak dari Kemaman pukul 6.30 pagi tadi semata-mata nak beli tiket. Saya harap pihak pengurusan stadium dapat memperbaiki proses penjualan tiket agar kejadian sebegini tidak berulang dan lebih ramai penyokong dapat membelinya," katanya.
Zubir Sulaiman, 40, dari Kuala Ibai berkata beliau bernasib baik kerana dapat mendapatkan tiket di saat akhir sebelum kaunter tiket ditutup.
"Saya datang ke stadium selepas solat Subuh dan Alhamdulillah saya dapat beli tiket," katanya.
Stadium Ismail Nasiruddin Shah yang merupakan stadium rasmi pasukan T-Team boleh memuatkan antara 10,000 hingga 12,000 penonton.
Sementara itu Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pemilihan stadium tersebut sebagai venue perlawanan dibuat atas permintaan T-Team sendiri.
"Jika memikirkan tentang jumlah penonton yang akan hadir, kerajaan negeri akan memilih Stadium Gong Badak kerana ia boleh memuatkan sehingga 40,000 penonton berbanding 10,000 penonton di Stadium Ismail Nasiruddin Shah.
"Namun pemain berkata mereka tidak pernah berlatih atau bermain di Stadium Gong Badak dan sekiranya perlawanan berlangsung di situ, mereka tidak boleh menjanjikan kemenangan kepada T-Team.
"Berbeza dengan Stadium sultan Ismail Nasiruddin Shah, pemain berkata mereka lebih selesa dan yakin akan mencapai kemenangan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2016
Sebanyak 8,000 keping tiket diperuntuk oleh pihak pengurusan stadium untuk penyokong T-Team. - Foto Twitter TeamMsia
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.