awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan penglibatan wanita dalam persatuan sukan - Mumtaz

Bernama
Bernama
08/07/2019
21:00 MYT
Tingkatkan penglibatan wanita dalam persatuan sukan - Mumtaz
Mumtaz berkata faktor bukan atlet tidak boleh menjadi penghalang kepada individu yang ingin menyumbang bakti dalam persatuan sukan. Astro ARENA
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggalakkan persatuan sukan kebangsaan mengambil kira penyertaan golongan wanita dalam struktur pentadbiran persatuan.
Naib presiden MOM Datuk Mumtaz Jaafar berkata persatuan diminta mempertimbangkan sekurang-kurangnya seorang wakil wanita diberi peranan dalam persatuan tanpa mengira jawatan yang disandang.
"Kita bukan hendak lawan kaum lelaki. Niat saya hanya hendak bantu dan matlamat saya mahukan kesaksamaan gender dalam persatuan sukan.
"Kerajaan sekarang pun sudah percaya pada kaum wanita," katanya ketika ditemui selepas perasmian Seminar Wanita dan Sukan MOM di sini pada Isnin.
Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Wanita MOM berkata faktor bukan atlet tidak boleh menjadi penghalang kepada individu yang ingin menyumbang bakti dalam persatuan sukan.
Katanya, cukup sekiranya seseorang itu mempunyai minat untuk memajukan persatuan serta sukan negara.
"Prestasi kerja yang bagus dapat mengubah persepsi terhadap wanita. Lepas kita sudah lantik, kenalah buat kerja tidak kira dengan siapa pun kita bekerja.
"Saya harap seminar ini dapat memberi keyakinan kepada kaum wanita untuk berada dalam persatuan dan maju ke depan," katanya.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dr Waitchalla R R Suppiah yang merasmikan seminar itu berkata penglibatan wanita masih kurang sebagai pembuat keputusan dan sebagai pemimpin dalam organisasi sukan.
Waitchalla mencadangkan agar MOM membangunkan pangkalan data wanita untuk membantu organisasi sukan yang mencari wanita untuk mengisi kedudukan kepimpinan.
Buat masa ini, KBS sedang dalam usaha membangunkan inisiatif baharu untuk wanita dalam sukan, katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM
#Mumtaz Jaafar
#pangkalan data
#persatuan sukan
#sukan
#Waitchalla R R Suppiah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan