awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ beri bayangan bola sepak kembali dengan SOP baharu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/12/2020
01:32 MYT
TMJ beri bayangan bola sepak kembali dengan SOP baharu
TMJ memberi bayangan liga bola sepak tempatan akan kembali dengan norma baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Saingan liga bola sepak yang nampak tidak menentu semenjak COVID-19 melanda menggusarkan ramai peminat.
Namun, entri yang dimuat naik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menerusi Instagram Story pada lewat malam tadi mungkin mampu meredakan kekecewaan peminat.
Pemilik JDT yang mesra disapa TMJ itu memberi bayangan liga bola sepak tempatan akan kembali dengan norma baharu.
Menerusi entri itu, TMJ berkata bola sepak akan kembali dengan 10 peratus kapasiti penyokong dibenarkan ke dalam stadium.
"Good news. SOP. Progress. Coming soon. Bola sepak akan kembali. Kali ini dengan penyokong. 10 peratus dari kapasiti stadium," tulisnya.
Musim bola sepak di Malaysia ditutup secara rasmi pada November, selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung ketika itu, dibatalkan serta-merta susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.
JDT dan Pulau Pinang muncul dua pasukan dengan kejuaraan, masing-masing sebagai juara Liga Super dan Liga Perdana.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#bola sepak
#JDT
#norma baharu
#SOP
#PKP
#Kapasiti
#stadium
#penonton
#penyokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan