awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ junjung titah Sultan Ibrahim tanding jawatan Presiden FAM

Bernama
Bernama
13/02/2017
15:25 MYT
TMJ junjung titah Sultan Ibrahim tanding jawatan Presiden FAM
TMJ menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk bertanding jawatan Presiden FAM.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini, memuat naik beberapa keping gambar pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bersama Sultan Ibrahim dan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.
Entri terkini itu mencatatkan bahawa TMJ menjunjung titah Sultan Johor untuk bertanding jawatan Presiden FAM bagi mengubah landskap bola sepak negara.
Hamidin pada sidang media hari ini, mengesahkan penerimaan pencalonan Tunku Ismail, sekali gus menyaksikan perebutan kerusi panas itu pertembungan satu lawan satu dengan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahkan pencalonan sehingga tempoh pencalonan ditutup, petang ini.
Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan antara empat calon, manakala bagi empat jawatan naib presiden, sembilan calon akan bertanding.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#JDT
#KAFA
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan