Tunku Ismail melahirkan rasa kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA).

Ia berhubung persatuan itu tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semasa perlawanan Johor Darul Takzim berdepan Kelantan, Selasa lalu.

Titah baginda, kehadiran FRU adalah perlu dan penting bagi menjamin keselamatan penyokong dan pemain kedua-dua pasukan.

Perlawanan ketiga Liga Super Selasa lalu turut dicemari beberapa insiden melibatkan penyokong.

Dalam insiden berkenaan, penyokong dan pemain Johor Darul Takzim terpaksa menunggu di tengah padang hampir 20 minit.

Pada masa sama, baginda menasihatkan para penyokong Johor untuk menjaga tingkah laku, semasa melayan kunjungan penyokong Kelantan di Larkin, Mei ini.