Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melancarkan reka bentuk dan konsep stadium bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di Hotel Pheonix Forest City hari ini.

Kehadiran Tunku Mahkota Johor, yang juga merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diiringi bersama isteri Tunku, Che Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda Tunku Ismail, Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah

Stadium baru JDT akan dibina di atas keluasan 140,000 kaki meter dan boleh memuatkan sebanyak 40,000 penonton, manjadikan ia antara stadium terbesar di negara ini.

Perasmian reka bentuk stadium JDT ini telah disempurnakan oleh Tunku Ismail, bersama Menteri Besar Johor Datuk Khaled Nordin dan pihak Country Garden Pacificview (CGPV).

Dalam ucapan perasmian tadi, Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof berkata, "Di Johor, bola sepak bukan lagi sebuah sukan yang diminati ramai, ia telah menjadi sebuah semangat yang mampu menyatukan rakyat jelata."

Pasukan bola sepak JDT akan menikmati kemudahan yang terkini di stadium baru mereka.

Reka bentuk stadium JDT yang baharu.

"Stadium baru ini akan mempunyai sistem peralatan terkini serta akan dimuatkan padang rumput asli bagi membolehkan pemain bola sepak memberi prestasi yang terbaik," kata Md Othman lagi.

JDT kini bermain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin.

Stadium baru ini dijadualkan siap pada tahun 2019, dan boleh digunakan untuk musim bola 2019/2020.

Pelancaran ini turut disaksikan oleh para delegasi antarabangsa dan tempatan, termasuk 21 syarikat Multinational (MNCs).