KUALA LUMPUR: Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan tindakan kelab bola sepak dalam negara yang enggan menerapkan penggunaan rumput jenis 'Zeon Zoysia' di stadium masing-masing atas alasan kos penyelengaraan yang tinggi.
Tunku Ismail bertitah adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk kelab bola sepak memberikan alasan demikian memandangkan kira-kira RM300,000 peruntukan setahun diperlukan bagi tujuan penyelengaraan padang rumput jenis itu.
"Bagi saya ia bukan satu alasan kerana peruntukan paling kurang dalam Liga Super hari ini adalah RM8 juta bagi sesebuah pasukan.
"Kos selenggara padang tak mencecah lebih daripada RM300,000 jadi apa logiknya tiada pasukan boleh jaga padang? Ada kelab dapat peruntukan berpuluh juta daripada kerajaan negeri takkan tak boleh jaga?
"Mungkin mereka tidak tahu apa-apa tentang bola sepak atau tiada kesungguhan terhadap sukan tersebut atau ada agenda jangka masa panjang, kerana kalau dlihat di mana-mana negara yang maju dalam bola sepak semua memberikan keutamaan terhadap padang dahulu kerana ia mencerminkan pengurusan kelab," titah baginda dalam sidang media selepas merasmikan projek penggantian rumput baharu jenis 'Zeon Zoysia' di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.
Tunku Mahkota Johor itu dalam masa sama mengakui tidak faham dengan pendirian kebanyakan kelab berhubung penggunaan rumput tersebut yang dilihat lebih mendatangkan kesan positif kepada kelab dalam mengharungi sebarang perlawanan mereka.
"Sekarang ialah masa untuk berubah sampai bila lagi kita nak macam ini. Inisiatif Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk tawar pertingkatkan padang di setiap stadium dalam negara adalah satu tawaran baik dan perlu disambut baik oleh kelab lain," titah baginda.
Minggu lepas, KBS menawarkan peruntukan menerusi dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis 'Zeon Zoysia' di padang yang terpilih.
Menterinya Hannah Yeoh berkata tawaran itu dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama exco setiap negeri yang diadakan Januari lepas dan kini pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Tunku Ismail berkenan menyaksikan perasmian Projek Penggantian Rumput Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 18 Mac 2023. Turut hadir, Hannah Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Mohd Faidz Sanusi. --fotoBERNAMA

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Felcra lancar beras harga RM13 sekampit bagi 5kg
Beras yang dijual RM10 pada harga promosi itu, 100 peratus dikeluarkan di estet padi negeri Perak.

Dibenarkan keluar hospital selepas sembuh dari Bronkitis
Pope Francis yang dirawat di sebuah hospital di Rom telah dibenarkan keluar pada Sabtu. Ia selepas beliau mendapat rawatan sejak Rabu lalu.

TMJ pertikaikan kelab bola sepak enggan guna 'Zeon Zoysia'
TMJ tidak faham pendirian kebanyakan kelab berhubung penggunaan rumput tersebut yang dilihat lebih mendatangkan kesan positif.

'Mula-mula dulu tak ada pemain nak masuk JDT'
Katanya, ada pemain yang tidak yakin untuk menyertai JDT selain risau berdepan beberapa masalah seperti tunggakan gaji pada ketika itu.

TMJ beri bayangan tawar peranan lebih besar daripada pengurus Harimau Malaya
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan untuk menawarkan peranan yang lebih besar berbanding bergelar pengurus skuad kebangsaan.

Khairy dilantik Penasihat Belia Johor - TMJ
Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

TMJ tak minat jadi pengurus Harimau Malaya - Hamidin
Pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Stadium Sultan Ibrahim kemungkinan besar venue aksi Harimau Malaya
"Ramai yang menawarkan venue, tetapi kalau nak katakan stadium yang terbaik setakat ini ialah Stadium Sultan Ibrahim." - Setiausaha Agung FAM

Tak logik Stadium Shah Alam RM700 juta - TMJ
Katanya, teknologi yang bakal digunakan di stadium tersebut sangat canggih dan memerlukan sekurang-kurangnya RM2 bilion.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

Tolonglah ubah sikap! TMJ kesal masih ramai tidak prihatin aspek kebersihan
Kerja pembersihan yang dilakukan petugas tidak akan beri impak jika masyarakat tidak memainkan peranan, kata TMJ.