Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada final Piala TNB 2013 selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan timbal balik separuh akhir di sini malam Ahad.
TNB melangkah ke peringkat akhir dengan agregat 8-4 selepas seri 2-2 dengan Maybank pada separuh akhir kedua manakala KLHC berpesta gol selepas membenam Sapura 8-0 untuk melangkah selesa dengan agregat 11-1.
Perlawanan akhir Piala TNB 2013 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini pada 19 Mei ini.
Pada saingan separuh akhir kedua, TNB, yang juga bekas juara lima kali, membuka tirai jaringan menerusi pemain kebangsaan Faizal Saari pada minit ke-17 dan Faiz Helmi Jali pada minit ke-58
Gol Maybank pula diperolehi menerusi pemain import dari Pakistan, Shakeel Abbasi pada minit ke-51 dan Mohd Zulhairi Hashim pada minit ke-67.
"Saya bersyukur kerana pasukan yang pertama kali saya bimbing ini berjaya ke final. Kita mempunyai enam hari sebelum perlawanan akhir dan saya akan cuba memperbaiki kesilapan yang ada dan mengatur strategi baharu," kata jurulatih TNB, Nor Azlan Bakar.
Sementara itu, juara bertahan KLHC memulakan perlawanan dengan agresif apabila membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Akhtar Ali sebelum Chua Boon Huat menambah jaringan pada minit ke-14, diikuti Muhammad Bhutta (minit ke-20) dan Kevinder Singh pada minit ke-26.
Pada babak kedua, KLHC terus menambah derita pasukan Sapura dengan Muhammad Imran melakukan dua jaringan pada minit ke-40 dan 45, Kevinder sekali menghasilkan gol peribadi kedua pada minit ke-56 sebelum Nabil Fiqri Mohd Noor menutup tirai jaringan pada minit ke-66.
Jurulatih KLHC, Muhammad Dharmaraj Abdullah berkata anak buahnya perlu mengekalkan momentum pada final nanti.
Bernama
Sun May 12 2013
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Young Tigers tempah slot ke separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
Young Tigers sah ke peringkat separuh akhir dan Piala Dunia Remaja tahun depan serta akan bertemu India esok untuk memburu slot ke final.
Piala Remaja Asia: Malaysia teruskan rentak kemenangan belasah tuan rumah
Malaysia kini menerajui Kumpulan B dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menghadapi Bangladesh bagi perlawanan ketiga pada Sabtu ini.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
ACT Wanita: Malaysian Tigress bangkit, tundukkan Korea Selatan 2-1
Ia merupakan kemenangan pertama skuad negara selepas dua aksi pusingan round robin yang berkesudahan dengan tewas kepada India dan China.
ACT Wanita: Malaysian Tigress tewas kepada China 0-5
China yang memulakan aksi dengan garang membolosi gawang skuad negara pada minit ke-12 menerusi jaringan padang Yu Anhui.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Piala Mirnawan 2024: Malaysia Tigers benam Korea Selatan untuk muncul juara
Malaysia Tigers juara Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2024 kategori lelaki selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
SOJC: Tewas kepada Jepun, Young Tigers tamatkan saingan di tempat terakhir
Kejohanan yang berlangsung sejak 19 Okt itu menyaksikan Young Tigers gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam semua perlawanan.