Pengendali Pahang, Dollah Salleh menyifatkan rentak permainan anak didiknya sebagai serba tidak menjadi pada saingan separuh akhir pertama Pala FA yang berkesudahan dengan Tok Gajah sekadar menang tipis 1-0 menerusi gol sendiri oleh Negeri Sembilan.
Dollah berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza, berkemungkinan disebabkan jadual padat pasukan selain ketiadaan Sumareh Mohamadou yang digantung satu perlawanan.
Beliau juga menyifatkan rentak permainan pemain import Pahang, Matheus Alves Leandro yang menjadi harapan untuk merobek gawang gol pasukan lawan sebagai ''serba tidak kena''.
"Kita ada mencipta ruang tapi kita mensia-siakannya. Saya bukan memberi alasan dan dalam bola sepak, kita kena terima hakikat dan sudah rasa bersyukur dengan kemenangan 1-0 ini.
"Bagaimanapun, kita kena lebih memberi fokus dan tumpuan untuk bangkit semula di Paroi (Stadium Tuanku Abdul Rahman)... dan berharap kita akan mendapat semula rentak permainan dengan kemasukan semula Mohamadou di sana," katanya.
Dollah berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini semalam, yang menyaksikan Pahang menang 1-0 selepas rembatan Mohammad Ashari Samsudin terkena kaki pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat.
Beliau juga berkata peluang Pahang untuk menjaringkan gol tidak kesampaian disebabkan taktik pemain Negeri Sembilan yang bertahan dan berkumpul di kawasan gol.
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, Mohd Asri Ninggal berkata permainan skuad Rusa agak cacat kerana tonggak utama mereka, Bruno Junichi Suzuki Castanheira mengalami kecederaan.
"Saya agak kecewa kerana kita ada peluang walaupun Pahang banyak mengawal permainan. Bagaimanapun, kita masih ada 90 minit di Paroi dan kita akan beri persembahan terbaik di sana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017
Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza.
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Tok Gajah serba tidak menjadi - Dollah
Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza.