KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 kepada dua pelumba basikal trek negara jika dapat bawa pulang pingat emas buat Malaysia.
Malah, sekiranya Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom berjaya merangkul pingat perak, sejumlah RM15,000 wang tunai akan dihadiahkan dan RM10,000 jika berpeluang memenangi pingat gangsa mahupun melayakkan diri ke pusingan akhir.
Beliau yang juga lebih mesra dikenali sebagai Qobin memberitahu, sumbangan itu adalah sebagai satu penghargaan yang tidak ternilai oleh kedua-dua kontinjen negara tersebut.
“Ia adalah sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan atlet negara kita yang mengharumkan nama negara di persada dunia.
“Saya juga seorang atlet. Saya tahu dan dapat menjiwai susah payah dan perit-jerih berlatih, disokong tatkala menang, di rendah-rendahkan disaat kalah, sedangkan bukan mudah mencapai tahap juara dunia.
“Dapat menjadi atlet ke sukan Olimpik pun adalah satu pencapaian tertinggi. Jadi, saya tergerak ingin memberikan sokongan dan juga sumbangan peribadi terhadap semangat kesukanan yang mereka tunjukkan buat rakyat Malaysia dan juga dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Malah, Qobin juga mengumumkan, kontinjen yang membawa pulang pingat emas pertama buat negara juga akan diberikan hadiah pakej menunaikan fardu haji.
Jelasnya lagi, hadiah sumbangan turut diberi kepada pemenang pingat gangsa acara Badminton iaitu pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Beliau yang sebelum ini pernah mendaki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua dan berski di Kutub Utara dan Kutub Selatan turut mengajak semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan untuk Azizulhasni dan Shah Firdaus yang akan beraksi pada pusingan suku akhir pada Ahad.
Faris Danial Razi
Sat Aug 07 2021
Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin sedia menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 kepada dua pelumba basikal trek negara jika dapat bawa pulang pingat emas buat Malaysia. - Instagram/ azizulhasniawang/shahfirdaus95
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.