awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin

Astro Arena
Astro Arena
05/08/2021
21:30 MYT
Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin
Rizal berkata, kelebihan berpihak kepada Azizulhasni (gambar) berdasarkan pengalamannya berbanding Shah Firdaus. - Foto asiana.my/Astro ARENA
SKUAD berbasikal trek negara perlu memiliki percaturan yang mantap sambil berwaspada dengan pencabar yang menggunakan gear besar.
Perjuangan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom dalam pusingan ketiga acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu berakhir semalam, ia juga bagi mengelak risiko tinggi demi memberi tumpuan kepada keirin Ahad ini.
Olimpian negara pada 2008, Rizal Tisin, menjelaskan taktikal sangat memainkan peranan dalam usaha mereka mengintai pingat emas dalam keirin kelak.
"Keirin bergantung kepada senarai pelumba yang akan mereka hadapi selain posisi perlumbaan.
"Dari situ mereka akan putuskan gear yang akan digunakan dan pelan kayuhan mereka.
"Kelebihan berpihak kepada Azizul atas pengalamannya berbanding Shah Firdaus.
"Corak perlumbaan sekarang ini terutama membabitkan pelumba Belanda atau pelumba yang biasanya guna gear besar dan mereka akan tarik pelumba-pelumba lain ke depan.
"Azizul boleh tunggu peluang di belakang pelumba nombor dua atau tiga. Mungkin satu atau separuh pusingan akhir kemudian dia boleh cuba pintas mereka. Ini salah satu pilihannya.
"Kalau dia mahu tarik pelumba ke depan, dia perlu kawal sebaik mungkin tapi ia agak sukar untuk taktikal sekarang," katanya di Nadi Arena malam tadi.
Sumber Facebook Olympic.Council.Malaysia
BACA: Tokyo 2020: Azizulhasni simpan pecutan, janji berjuang habis-habisan acara keirin
Rizal sudah menduga kedua-dua taruhan Malaysia itu akan mengelak ke suku akhir memandangkan di peringkat suku akhir hari ini (Jumaat), lebih banyak aksi yang perlu dihadapi termasuk penentuan kedudukan kelapan.
"Hari pertama semalam agak penat (buat mereka) kerana mengharungi repechage.
"Mereka cuba bangkit hari ini tapi jumpa pula dua kuasa dunia.
"Saya rasa mereka mungkin dah putuskan untuk melupakan (saingan) dalam repechage hari ini.
"Jadi saya rasa mereka mahu fokus kepada perlumbaan Ahad ini," katanya lagi.
Olimpik 2020 | Azizulhasni Awang tumpu acara Keirin
Topic Berkaitan
#rizal tisin
#Berbasikal Trek
#Azizulhasni Awang
#Shah Firdaus Sahrom
#acara pecut
#Sukan Olimpik Tokyo 2020
#Velodrom Izu
#keirin
#taktikal
#pelumba
#kayuhan
#pengalaman
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#pingat emas
#acara Keirin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan