awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes atur penerbangan sewa khas untuk 'ekor' Harimau Malaya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/11/2018
02:35 MYT
Tony Fernandes atur penerbangan sewa khas untuk 'ekor' Harimau Malaya
Peminat bola sepak dan ultras dari seluruh Malaysia cukup teruja mahu memberi tiupan semangat kepada pasukan negara di Bangkok. - Astro AWANI/Shahir Omar
JIKA anda berhasrat untuk ke Bangkok dan memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018, ini berita baik untuk anda.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mengumumkan akan mengaturkan penerbangan sewa khas (charter flight) dengan kadar tambang yang rendah, untuk membawa penyokong Malaysia ke perlawanan separuh akhir timbal balik, 5 Dis ini.
Okay @UltrasTranung . Special charter flight at low fare will be organised. Enjoy and come one malaysia. Make sure you Loud in voice on Saturday. ULTRATony signing off. @SyedSaddiq @riadasmat @Benyaminismail
— Tony Fernandes (@tonyfernandes) November 29, 2018
Ia susulan permintaan daripada peminat bola sepak dan 'ultras' dari seluruh Malaysia yang cukup teruja mahu menawan kota Bangkok, sekaligus memberi tiupan semangat kepada pasukan negara yang tentunya berhadapan tugas getir menentang Thailand di gelanggangnya.
Sir @tonyfernandes , we believe you can realize and surprise in the world of football that Now EveryUltras in Malaysia Can Fly with a lowest fare during & next game @affsuzukicup #UTLR#UltrasTony #DemiMalaysia pic.twitter.com/ucqYkxDei2
— Ultras Tranung (@UltrasTranung) November 27, 2018
Done our part. Lets pray for the best. pic.twitter.com/Jwd1Zc6rih
— Neo X FC (@neoxfc_official) November 27, 2018
Harga tiket pergi balik ke Bangkok melalui penerbangan adalah sekitar RM600.
Sementara itu, rombongan penyokong melalui 18 buah bas yang diaturkan Ultras Malaya dengan kerjasama ultras negeri, dikhabarkan sudah penuh.
Kesemua bas itu akan bertolak dari Shah Alam 4 Dis ini, iaitu sehari sebelum perlawanan berlangsung.
Terlebih dahulu, Malaysia akan melayan kunjungan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ia tentunya akan menjadi perlawanan bersejarah dengan lebih 80,000 penyokong bakal turun memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bangkok
#bola sepak
#Bukit Jalil
#harimau Malaya
#penerbangan sewa khas
#Piala AFF Suzuki
#Thailand
#Tony Fernandes
#Ultras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan