Tokoh korporat Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Mohd Shafri Ab Aziz.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan Fernandes adalah tepat berikutan statusnya sebagai ahli korporat terkemuka dapat membantu serta melakukan penambahbaikan struktur dan operasi PSM, serta memulihkan keadaan kewangan semasa PSM yang kini mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.
Syed Saddiq berharap pelantikan itu dapat memajukan serta merancakkan lagi aktiviti belia, sukan, rekreasi dan hiburan yang melibatkan pelbagai aset di bawah PSM secara meluas.
"Penglibatan serta kejayaan beliau di dalam pelbagai bidang komersial, termasuk industri penerbangan (AirAsia), hiburan (Warner Music), perhotelan (Tune Hotels), penyiaran (The Apprentice Asia) adalah sebahagian daripada pencapaian beliau yang amat membanggakan sehingga hari ini. Ini menjadikan beliau sebagai calon terbaik untuk memegang jawatan tersebut.
"Bakat keusahawanan, kreativiti dan kepimpinan beliau ternyata cukup terserlah dan ia dapat dilihat melalui anugerah-anugerah yang telah diraih oleh beliau termasuklah 'CEO of The Year Award' dan 'Entrepreneur of the Year Award'," katanya.
Nama Fernandes dalam bidang sukan juga bukan asing apabila beliau menjadi individu yang memiliki sebahagian daripada kelab yang pernah bermain di Liga Perdana Inggeris iaitu Queens Park Rangers selain pengasas kepada pasukan Formula 1 iaitu Caterham F1 Team.
"Beliau amat mahir tentang selok-belok pembangunan dan promosi sukan bertaraf antarabangsa. Penajaan AirAsia dalam aktiviti sukan tanah air seperti Akademi Badminton AirAsia serta pertandingan e-sports juga menjadi bukti bahawa beliau mempunyai minat yang mendalam untuk menaikkan mutu sukan negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 26 2018
Syed Saddiq berharap pelantikan Fernandes (gambar) dapat memajukan serta merancakkan lagi aktiviti belia, sukan, rekreasi dan hiburan yang melibatkan pelbagai aset di bawah PSM secara meluas. - REUTERS/Fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PSM akan bekerja rapat dalam penerimaan rumput hibrid untuk Stadium Nasional
PSM akan bekerja rapat dengan pengurusan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos dalam proses penerimaan rumput hibrid bagi Stadium Nasional Bukit Jalil.
Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di padang Stadium Nasional
Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
PSM mohon maaf Stadium Nasional kurang memuaskan untuk final Piala Malaysia
Permohonan maaf itu juga ditujukan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC serta penyokong kedua-dua pasukan berkenaan.
PSM komited sedia padang bertaraf dunia untuk Harimau Malaya - Hannah
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) komited untuk menyediakan stadium dengan padang bola sepak bertaraf dunia bagi kegunaan skuad Harimau Malaya.
Isu rumput padang SNBJ rosak: PSM cuma ada tempoh lapan bulan
PSM mengambil maklum mengenai keadaan padang di SNBJ yang tidak memuaskan pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 malam tadi.
Kemudahan percuma KBS: PSM terima 24 permohonan
Sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) setakat ini bagi tujuan penggunaan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) secara percuma.
Konsert: Stadium Nasional gelanggang rasmi Harimau Malaya - Hamidin
Hamidin berkata FAM dan PSM masih berada dalam tempoh perjanjian yang menyaksikan Stadium Nasional sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya.
Rumput percuma Stadium Nasional Bukit Jalil jadi kenangan berharga
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.