awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tottenham sahkan ACL tamatkan musim Rodrigo Bentancur

Astro Arena
Astro Arena
14/02/2023
02:55 MYT
Tottenham sahkan ACL tamatkan musim Rodrigo Bentancur
Rodrigo Bentancur menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami ketika perlawanan EPL antara Leicester City dan Tottenham Hotspur di Stadium King Power, Leicester, England, 11 Feb 2023. (Foto AP)
KHIDMAT pemain tengah Tottenham, Rodrigo Bentancur, untuk baki musim ini perlu dilupakan selepas mengalami kecederaan ligamen lutut.
Pemain antarabangsa Uruguay itu membuka jaringan buat kelab London berkenaan dalam kekalahan 1-4 kepada Leicester City dalam perhitungan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu, sebelum kelihatan terhincut-hincut.
Bentancur bertembung dengan rakan seposisinya di Leicester, Nampalys Mendy, sejurus sejam permainan malah memerlukan bantuan oksigen di atas padang.
Tottenham kemudian mengesahkan di laman sesawang rasmi mereka bahawa pemain berusia 25 tahun itu mengalami koyakan di 'ligamen anterior cruciate' (ACL) lutut kirinya dan tidak akan beraksi lagi untuk sisa kempen ini.
Justeru, tonggak kelahiran Uruguay itu akan menjalani pembedahan sebelum memulakan pemulihannya.
Bentancur telah beraksi dalam 26 daripada 32 perlawanan musim ini ketika membentuk gandingan tengah bersama Pierre-Emile Hojbjerg.
Dalam masa sama, rakan senegaranya, Yves Bissouma, perlu berehat untuk tempoh panjang selepas menjalani pembedahan buku lali minggu lalu.
Ketua pasukan, Hugo Lloris, turut diketepikan selama dua bulan, manakala Hojbjerg digantung untuk perlawanan pertama peringkat 16 UCL di Milan, awal pagi esok.
Topic Berkaitan
#Rodrigo Bentancur
#Yves Bissouma
#Tottenham Hotspur FC
#ACL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan