awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsitsipas akhirnya terbuka hati terima vaksin

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2021
05:39 MYT
Tsitsipas akhirnya terbuka hati terima vaksin
Tsitsipan akan mewakili Pasukan Eropah dalam Piala Laver minggu ini. - Gambar fail
STEFANOS Tsitsipas merancang untuk mengambil vaksinasi COVID-19 biarpun sebelum ini berkata bahawa dia hanya akan melakukan perkara itu sekiranya diwajibkan oleh Persatuan Tenis Profesional (ATP). Pemain nombor tiga dunia dari Greece itu mendedahkan pada bulan lalu bahawa dia tidak mahu mengambil vaksin berkenaan kerana bimbang dengan kesan sampingannya. Jelajah ATP menggalakkan setiap pemainnya untuk mengambil vaksin tetapi Novak Djokovic menjadi antara pemain berprofil paling tinggi enggan divaksinasi. Tsitsipas, bagaimanapun, telah mengubah pandangannya mengenai vaksin. "Saya akan mengambil vaksin tahun ini," kata pemain berusia 23 tahun itu kepada saluran Greece, Antenna TV. "Ia supaya saya dapat ke restoran dan pusat membeli belah. Saya menyokong semua yang mahu mengambil vaksinasi.
"Saya bukan seorang doktor, saya hanya pemain tenis, jadi saya mungkin tidak mempunyai pandangan terbaik apabila ia melibatkan isu kesihatan," katanya Tsitsipan akan mewakili Pasukan Eropah dalam Piala Laver minggu ini selepas terlepas peluang untuk mewakili Greece menentang Lithuania dalam Piala Davis kerana kecederaan kaki.
2019 & 2020 champions confirmed These two superstars have joined Novak Djokovic as qualifiers for the 2021 #NittoATPFinals in Turin pic.twitter.com/IHkH3XmQ5J
— ATP Tour (@atptour) September 13, 2021
Topic Berkaitan
#Stefanos Tsitsipas
#vaksin COVID-19
#Kesan sampingan vaksin
#tenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan