awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico

Astro Arena
Astro Arena
24/02/2021
04:19 MYT
Tuchel sangat gembira Chelsea atasi Atletico
Pemain Atletico Madrid Thomas Lemar (tengah) berebut bola dengan Olivier Giroud (kanan) ketika perlawanan pusingan 16 UCL antara Atletico Madrid dan Chelsea di Stadium National Arena, Bucharest, Romania, 23 Feb, 2021. (Foto AP)
PENGURUS Chelsea, Thomas Tuchel, memuji barisan pemain selepas The Blues mengawal aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Atletico Madrid.
Jaringan cemerlang Olivier Giroud memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico dalam aksi pertama UCL awal pagi tadi -- perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Bucharest ekoran sekatan perjalanan antara United Kingdom dan Sepanyol.
Chelsea mendominasi permainan ketika berdepan pendahulu LaLiga ketika Tuchel meneruskan rekod cemerlang selepas menggantikan Frank Lampard bulan lalu.
Bekas ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Tuchel, sekadar bolos dua kali dalam lapan perlawanan sebagai pengurus Chelsea -- hanya Mourinho dibolosi kurang daripada bilangan tersebut (satu).
Tuchel memberikan pujian kepada barisan pemain selepas tamat perlawanan dengan berkata, "Saya sangat gembira untuk pemain dan pasukan atas kemenangan ini. Kami benar-benar memperoleh keputusan yang baik ke atas lawan yang berkualiti.
"Amat penting buat kami kekal fokus sepanjang 96 minit waktu permainan. Kami harus menerima bahawa sukar untuk menghasilkan peluang, tetapi kami berjaya dan ia adalah usaha sepasukan."
Topic Berkaitan
#Olivier Giroud
#Thomas Tuchel
#Chelsea
#pengurus
#Liga Juara-Juara
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan