KUALA LUMPUR:Tujuh atlet negara termasuk lima atlet para disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan sebelum memulakan latihan berpusat menggunakan pendekatan kuarantin hari ini.
Menurut Majlis Sukan Negara (MSN), kes positif itu membabitkan dua atlet olahraga, tenis berkerusi roda (dua), sukan bola keranjang kerusi roda (dua) dan seorang atlet tenpin boling cacat pendengaran serta seorang pegawai pengiring sukan boccia.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kesemua individu yang disahkan positif COVID-19 telah diasingkan dan menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"MSN juga mengasingkan atlet (PUS) berkemungkinan mempunyai kontak rapat dengan atlet dan pegawai yang disahkan positif dan ujian calitan akan dilakukan pada hari keempat.
"Jika keputusan negatif tetapi mempunyai simptom, mereka perlu menjalani proses kuarantin hingga hari ke-10. Ujian akan diadakan pada hari kesembilan untuk pengesahan bebas daripada jangkitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seramai 466 daripada 735 atlet Program Podium dan pelapis kebangsaan serta jurulatih negara telah menjalani ujian calitan di pusat latihan masing-masing yang diselaraskan MSN dan Institut Sukan Negara (ISN).
Ujian calitan itu juga diadakan di Kompleks MSN Taman Keramat melibatkan 38 daripada 41 atlet dan jurulatih, selain di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan melibatkan 89 daripada 91 atlet para dan jurulatih.
Sebelum ini, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choon Hann didapati positif COVID-19 selepas ujian calitan dilakukan ke atas 39 pemain dan jurulatih badminton di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai persediaan ke Jelajah Asia BWF di Thailand.
Secara keseluruhan, hanya satu peratus iaitu lapan daripada 632 atlet dan pegawai yang telah menjalani ujian swab didapati positif COVID-19 dan dipercayai mendapat jangkitan semasa bercuti di kampung atau rumah masing-masing.
Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata setelah berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kem latihan berpusat MSN akan diteruskan menggunakan pendekatan secara kuarantin bagi tempoh dua minggu pertama dengan atlet dan jurulatih tidak dibenarkan keluar kecuali ke tempat latihan masing-masing secara terkawal.
"Arahan ini akan dikaji semula selepas dua minggu melihat kepada perkembangan penularan jangkitan COVID-19. Kemudahan pusat latihan hanya boleh digunakan oleh atlet dan jurulatih sahaja. Pengawalan keluar masuk ke premis penginapan dan latihan selain dari atlet dan jurulatih adalah tidak dibenarkan.
"Proses sanitasi akan dilaksana di setiap pusat latihan dan penginapan seminggu sekali. Perkara ini akan dilaksana secara serta merta. Langkah ini diambil bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan komitmen MSN dalam memastikan atlet negara berada dalam kesihatan dan kondisi terbaik bagi menjalani latihan masing-masing," kata Ahmad Shapawi.
Katanya, perkara itu dikuatkuasakan kepada semua pusat latihan iaitu di Kompleks MSN Bukit Jalil, Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, Kompleks MSN Taman Keramat, Kompleks Pelayaran Langkawi, Akademi Badminton Malaysia, Velodrom Nasional Nilai dan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari.
Bagi atlet yang belum melaporkan diri hari ini, Ahmad Shapawi berkata mereka akan berbuat demikian esok di pusat latihan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Ahmad Shapawi berkata kesemua individu yang disahkan positif COVID-19 telah diasingkan dan menunggu tindakan selanjutnya daripada KKM. - Bernama
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.