KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) memberi amaran bakal membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan berhubung isu tunggakan gaji pemain Melaka United FC, yang mencecah RM2.3 juta.
PFAM, menerusi kenyataan, berkata tindakan itu adalah bagi membela nasib pemain yang terkesan secara langsung akibat daripada sikap pengurusan tidak mengambil serius untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pemain.
Menurut PFAM, isu pemilikan yang timbul dalam kelab berkenaan, mengeruhkan lagi keadaan kerana pihak sewajarnya bertanggungjawab membayar gaji dilaporkan tidak mahu memberi kerjasama.
"Semalam (kelmarin), merupakan tarikh akhir bagi notis yang dihantar ke Melaka United menerusi PFAM untuk melunaskan tunggakan gaji yang dihadapi oleh pemain. Tunggakan gaji bermula Julai hingga Disember 2022 menyebabkan pemain Melaka United berdepan situasi enam bulan tidak bergaji.
"Lebih mendukacitakan, pemain yang mempunyai komitmen bulanan terpaksa berhempas pulas untuk meneruskan kelangsungan diri dan keluarga sehingga berulang kali menerima panggilan daripada pihak bank untuk menyelesaikan pembayaran bulanan," menurut kenyataan itu.
PFAM berkata Melaka United tidak mematuhi keputusan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada 4 Nov lalu, yang mengarahkan kelab berkenaan melunaskan satu bulan gaji terlebih dahulu.
PFAM memaklumkan laporan tunggakan gaji bagi bulan-bulan yang berikutnya telah dihantar ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan.
"Realiti ini amat mendukacitakan kerana sebagai pemain bola sepak profesional dalam negara, mendapat bayaran gaji daripada majikan berdasarkan kepada persetujuan dalam kontrak adalah hak yang sewajarnya dipenuhi.
"Mereka sepatutnya tidak perlu untuk merayu seolah-olah meminta bantuan ataupun mereka melakukan kesalahan untuk menerima gaji mereka sendiri," menurut PFAM.
Kelmarin, bekas pemain Melaka United. Syukri Baharun, mempersoalkan bagaimana pasukan itu, yang kini ditukar nama ke Melaka FC di bawah pengurusan baharu, dibenarkan beraksi di Liga M3 musim ini, walaupun masih belum menyelesaikan tunggakan gaji selama enam bulan pada musim lepas.
Sebelum ini, Melaka United dan Sarawak United disingkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kedua-dua kelab berkenaan untuk Lesen Kebangsaan ditolak ekoran masalah tunggakan gaji pada musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
PFAM berkata Melaka United tidak mematuhi keputusan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan pada 4 Nov lalu, yang mengarahkannya melunaskan satu bulan gaji terlebih dahulu.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
MUSA akan pastikan Melaka United dapat guna logo baharunya secara sah
Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan berusaha, termasuk melalui saluran undang-undang, untuk memastikan logo baharu Melaka United yang dilancarkannya Sabtu lalu, dapat digunakan.
Selesaikan kemelut kewangan MUSA antara fokus Presiden baharu
Kaedah itu turut diguna pakai pada semua peringkat lain termasuk Piala Presiden dan sebagainya supaya kemelut kewangan tidak berlaku lagi dan memastikan kebajikan semua pemain dapat dijaga.
Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United
Bekas pemain kebangsaan era 80 dan 90an, Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu, bagi membimbing pasukan Melaka United mengharungi musim 2019.
Aksi Melaka-Perak berlangsung tanpa kehadiran penyokong
Keputusan daripada FAM itu ekoran insiden kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong Perak FA pada salah satu saingan Liga Super di Ipoh, musim lalu.
Persiapan Melaka United pada tahap 99 peratus
Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini.
Usah terlalu gopoh dalam Liga Super - Amri Yahyah
Amri Yahyah mahu skuad Melaka United tampil lebih tenang untuk menghadapi cabaran Liga Super 2017 kerana ada yang masih kurang berpengalaman beraksi di pentas tertinggi itu.