awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Kurang membaca dikaitkan dengan prestasi akademik rendah - Tinjauan FINCO
Malaysia bantah cubaan iktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi pengusiran paksa rakyat Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik

Bernama
Bernama
26/11/2021
14:15 MYT
Aksi Melaka United, KL City tergendala kerana gangguan elektrik
Sepak mula aksi yang sepatutnya bermula 9 malam ini, tidak dapat dimulakan seperti dijadualkan selepas seluruh stadium bergelap sejak 7.30 malam tadi. - Gambar/ FB Melaka United Fans
MELAKA: Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021 antara Melaka United FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Hang Jebat, tergendala berikutan gangguan bekalan elektrik.
Sepak mula aksi yang sepatutnya bermula 9 malam ini, tidak dapat dimulakan seperti dijadualkan selepas seluruh stadium bergelap sejak 7.30 malam tadi.
Setakat 9.30 malam, hanya dua lampu limpah berfungsi, dan perlawanan masih belum dapat dimulakan.
Dianggarkan kira-kira 15,000 penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan itu, dengan Melaka melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak 1983.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Isnin lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#melaka united
#KL City
#stadium bergelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan