Turun sebagai pasukan 'underdog' tidak bermakna skuad negara tidak menghadapi tekanan sebaliknya perlu memberikan saingan hebat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow, India, dari 8 hingga 18 Dis ini.
Ketua pasukan, Mohd Najib Abu Hassan berkata peluang beraksi di kejohanan berprestij perlu digunakan sebaik-baiknya oleh semua pemain kerana pasukan mempunyai tanggungjawab untuk melakar kejayaan buat negara.
Katanya, semua pemain perlu mempunyai sasaran untuk mencapai kejayaan pada setiap perlawanan dan tidak memandangkan mudah pasukan lawan yang sudah melakukan persiapaan lebih awal.
"Bagi pasukan bukan pilihan, bagi saya kita tidak boleh ambil mudah dalam semua perlawanan, skuad perlu ada sasaran untuk menang," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Selain Mohd Najib, pemain remaja yang mempunyai pengalaman bersama skuad senior seperti Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi , Najmi Farizal Jazlan turut bersama pasukan di India.
Skuad remaja negara akan memulakan kempen menentang Belanda pada 10 Dis kemudian bertemu Mesir pada keesokkanya dan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan B menentang Belgium pada 13 Dis.
Malaysia menerima jemputan pada saat akhir selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) secara rasmi membatalkan penyertaan Pakistan daripada kejohanan tersebut.
Sementara itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata beliau mahu skuad negara tidak sekadar menyertai perlawanan tetapi pulang dengan keputusan membanggakan.
"Walaupun sasaran MHC sebelum ini adalah suku akhir, bagi saya pasukan itu sendiri perlu menetapkan sasaran mereka...saya berharap mereka memberikan prestasi yang baik dan menggunakan peluang ini sebaik mungkin.
"Walaupun kita diberi peluang mengambil untuk melengkapkan perlawanan tetapi skuad remaja negara perlu berasakan mereka layak beraksi di Piala Dunia. Saya percaya mereka berkobar-kobar untuk melakukan kejutan," kata Subahan.
Untuk rekod penyertaan, Malaysia menduduki tempat keempat tewas kepada Belanda 2-7 pada 2013 dan turut menduduki kedudukan yang sama dalam tiga penyertaan pada 1979, 1982 dan 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2016

Semua pemain perlu mempunyai sasaran untuk mencapai kejayaan pada setiap perlawanan. - Gambar AFP

Politik Dunia | Orbán angkat sumpah PM Hungary untuk penggal ke-5
Veteran politik Viktor Orbán semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Hungary buat kali kelima. Dalam ucapannya, Orbán memberi amaran bahawa masa sukar menanti Hungary, merujuk kepada isu ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan kesan konflik Rusia-Ukraine.

Politik Lubnan | PPB syor Lubnan kerajaan inklusif
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Lubnan mewujudkan kerajaan inklusif bagi menangani krisis ekonomi negara itu. Guterres membuat cadangan tersebut sebaik saja negara itu selesai mengadakan pilihan raya pada hujung minggu lalu.

COVID-19 | PBB tawar sokongan kepada Korea Utara
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan amaran pada Selasa mengenai wabak COVID-19 yang semakin meningkat di Korea Utara. Memburukkan keadaan, penduduknya yang tidak divaksin akan mendedahkan mereka kepada komplikasi teruk.

COVID-19 | AS tingkat penggunaan Paxlovid sehingga 315 peratus
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mendedahkan, penggunaan ubat antiviral COVID-19 Pfizer, Paxlovid telah melonjak 315 peratus sejak empat minggu lalu. Hampir 115,000 pil telah dikeluarkan pada minggu pertama Mei.

COVID-19 | Indonesia gugur mandat pelitup muka
Indonesia bakal menggugurkan syarat bagi orang ramai memakai pelitup muka di luar rumah dan pengembara yang diberi vaksin menunjukkan ujian pra-berlepas negative. Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 1,469 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,623 kes, daripada 4.47 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.

Vaksin COVID-19 | FDA lulus dos penggalak untuk 5-11 tahun
Agensi Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) meluluskan penggunaan suntikan penggalak vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Ini menjadikan semua individu di Amerika Syarikat berumur lebih lima tahun layak untuk mendapatkan dos ketiga.

Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman Malaysia dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium pada malam Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA selepas acara itu dipertandingkan semula selepas sembilan tahun.

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Speedy Tigers tewas 0-3 kepada Australia
Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan siri perlawanan ujian antarabangsa menentang Australia dengan langkah kiri selepas tewas 0-3 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Perth, petang ini.

Hoki: Revington tinggalkan KHM, pulang ke Britain
Ia berikutan pelantikan rakyat Afrika Selatan itu sebagai Ketua Jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain.

Piala Asia: Malaysian Tigers wajib dapat 'top 4' - KHM
Pasukan 'Malaysian Tigers' dapat mencapai sasaran berkenaan seterusnya menjamin slot automatik ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki 2023.

Piala Dunia Hoki Remaja Wanita: M'sia tamat saingan di tempat ke-11
Pasukan kendalian Nasihin Nubli Ibrahim itu terpaksa bangkit dua kali sebelum berjaya menewaskan skuad Zimbabwe.

Hoki: Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tumbang 1-2 di tangan Ireland
Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan tewas 1-2 kepada Ireland pada aksi klasifikasi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Afrika Selatan.

Malaysia bangkit atasi Uruguay di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.

Cabaran Young Tigress terhenti, tewas 0-4 di tangan India
Cabaran skuad wanita muda negara di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan, berakhir selepas tumpas 0-4 di tangan India, hari ini.

Dua jaringan pantas Wales buat Malaysia "gigit jari" hanya kongsi satu mata
Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Elizabeth Epui Martin pada minit ke-14.

Malaysia tewas aksi pembukaan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita
Skuad projek khas hoki wanita negara bermula dengan langkah kiri selepas tewas kepada Jerman 0-10 dalam aksi Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan hari ini.

Bekas pemain hoki kebangsaan S Sivabalan meninggal dunia
Bekas pemain hoki kebangsaan S Sivabalan,59, meninggal dunia di Ipoh, Perak, hari ini.