awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Andre Onana hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik

Astro Arena
Astro Arena
21/09/2023
01:15 MYT
UCL: Andre Onana hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik
Penjaga gol, Andre Onana sedar dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapan ketika memulakan kempen Liga Juara-Juara (UCL) dengan kekalahan kepada Bayern Munich.
BAYERN MUNICH 4 MAN UTD 3
PENJAGA gol, Andre Onana, sedar bahawa dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapan ketika memulakan kempen Liga Juara-Juara (UCL) dengan kekalahan kepada Bayern Munich.
Skuad kendalian Erik ten Hag itu mengalami kekalahan keempat dalam lima perlawanan di sebalik permulaan memberangsangkan di Bavaria, awal pagi tadi, tetapi kesilapan Onana membenarkan rembatan Leroy Sane melepasi jangkauannya dengan mudah adalah sukar diterima.
Bayern pantas menokok gol kedua menerusi Serge Gnabry dan terus mendominasi pertemuan Kumpulan A itu sambil Harry Kane menjaringkan sepakan penalti selepas Rasmus Hojlund cuba mengurangkan jurang gol selepas rehat.
Bagaimanapun, gol Casemiro dalam masa kecederaan belum cukup untuk mereka mengelak kekalahan apabila Mathys Tel memberikan kemenangan dramatik 4-3 kepada tuan rumah.
“Ia sukar diterima,” kata pemain antarabangsa Cameroon itu.
“Sukar untuk tewas dengan cara ini kerana saya fikir pada awalnya kami bermula dengan sangat baik dan selepas kesilapan saya, kami mula hilang kawalan dalam permainan.
“Ia adalah situasi yang sukar buat kami, khususnya bagi saya kerana saya yang mengecewakan pasukan.
"Pasukan beraksi sangat bagus tetapi disebabkan saya, kami gagal memenangi perlawanan omo.
“Saya gembira dengan usaha pasukan dan kami hanya perlu meneruskan perjuangan.
"Beginilah kehidupan penjaga gol dan kami tidak menang hari ini adalah kerana saya.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Bayern Munich
#Andre Onana
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan