awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Juventus disingkir Villarreal dalam pusingan 16

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2022
01:05 MYT
UCL: Juventus disingkir Villarreal dalam pusingan 16
Gerard Moreno (tengah) dan rakan sepasukan meraikan kejayaan selepas memenangi pusingan 16 UCL antara Juventus dan Villarreal di Stadium Allianz, Turin, Itali, 16 Mac 2022. REUTERS
JUVENTUS 0 VILLARREAL 3 (Villarreal ke suku akhir dengan agregat 4-1)
Juventus tersingkir dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat musim ketiga berturut-turut selepas tewas 0-3 kepada Villarreal dalam aksi timbal balik di laman sendiri awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam perlawanan pertama di Sepanyol tiga minggu lalu dan Juve kelihatan menjadi pasukan pilihan untuk ke suku akhir dengan kelebihan beraksi di Stadium Allianz.
Bagaimanapun, Villarreal bimbingan Unai Emery mempamerkan aksi sensasi sepanjang 12 minit terakhir untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir bermula dengan sepakan penalti Gerard Moreno pada minit ke-78, disusuli penyudah jarak dekat Pau Torres pada minit ke-85 dan satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan Arnaut Danjuma dalam waktu kecederaan.
Lebih mengecewakan, rekod 12 perlawanan tanpa kalah pasukan tuan rumah kendalian Massimiliano Allegri itu turut musnah dengan kekalahan berkenaan.
9 - @VillarrealCFen's Gerard Moreno has scored nine goals between @ChampionsLeague (2) and Europa League (7) since last season, more than any other Spanish player in European competition. Star. pic.twitter.com/nBRCp3RYRa
— OptaJose (@OptaJose) March 16, 2022
Topic Berkaitan
#Juventus
#UCL
#Villarreal
#rekod perlawanan tanpa kalah musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan