awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Manchester City pasukan paling mantap di dunia - Fabio Capello

Astro Arena
Astro Arena
09/05/2023
02:00 MYT
UCL: Manchester City pasukan paling mantap di dunia - Fabio Capello
Capello menjelaskan bahawa dengan gabungan penyerang prolifik, Erling Haaland, Manchester City kini muncul pasukan terbaik di planet ini. - Foto REUTERS
FABIO Capello menganggap Manchester City adalah pasukan terbaik di dunia tatkala skuad kendalian Pep Guardiola itu bersedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid.
Ia merupakan pertemuan ulangan separuh akhir tahun lalu yang menyaksikan City tersingkir secara dramatik di Bernabeu apabila Real menjelmakan kebangkitan yang menakjubkan untuk mendominasi masa tambahan.
Trofi UCL adalah satu-satunya trofi yang setakat ini gagal dikecapi Guardiola dalam tempoh hampir tujuh tahun bersama City.
Bercakap dalam Anugerah Laureus awal pagi tadi, bekas ketua jurulatih England, Capello, menjelaskan bahawa dengan gabungan penyerang prolifik, Erling Haaland, mereka kini muncul pasukan terbaik di planet ini.
Dia berkata: “Saya rasa City adalah pasukan terbaik di dunia. Tahun ini berbeza.
“Tahun lalu, (mereka) tiada penyerang berwibawa dan tahun ini anda mempunyai seorang penyerang yang sangat penting. Bukan ini sahaja - mereka mempunyai barisan 24 pemain.
“Apabila mereka membuat pertukaran, pemain handalan yang akan dimasukkan. Di Real Madrid, saya rasa mereka mempunyai 14, 15 pemain hebat.
"Mereka mungkin akan sedikit letih (selepas memenangi Copa del Rey) tetapi mereka mempunyai jurulatih terbaik di dunia, Carlo Ancelotti."
Bekas pengurus Real Madrid itu menambah: “Carlo tahu segala-galanya tentang perlawanan pembukaan dan dia akan membuat persediaan rapi.
"Saya menaruh harapan kepada Carlo, kita akan menang.” - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Fabio Capello
#Manchester City
#Pep Guardiola
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan