awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEL: Ryan Gravenberch jaring gol sulung ketika bantu Liverpool benam Union Saint-Gilloise

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2023
00:15 MYT
UEL: Ryan Gravenberch jaring gol sulung ketika bantu Liverpool benam Union Saint-Gilloise
Ryan Gravenberch menjaringkan gol melepasi penjaga gol Anthony Moris ketika perlawanan UEL kumpulan E antara Liverpool dan Union Saint-Gilloise, di Anfield, Liverpool, England, 5 Okt 2023. (Foto AP)
RYAN Gravenberch mendapat manfaat daripada kesilapan penjaga gol Union Saint-Gilloise, Anthony Moris, untuk menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika Liverpool berusaha untuk meraih kemenangan 2-0 dalam Liga Europa untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam Kumpulan E.
Di sebalik jentera serangan yang berbisa, dibarisi Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Diogo Jota, namun jaringan bekas pemain tengah Ajax dan Bayern Munich berusia 21 tahun yang hanya menjaringkan sembilan gol dalam tempoh lima tahun memastikan The Reds mendahului pada separuh masa pertama.
Pengurus, Jurgen Klopp, turut memuji aksi yang ditampilkan Gravenberch atas aksi yang ditampilkan ketika memperoleh jaringan sulung bersama pasukan.
“Ia benar-benar jelas betapa bagusnya dia, bakatnya,” kata Klopp mengenai Gravenberch.
“Dia menikmati situasi ini dan sangat penting untuk mengembalikan keyakinan, itu bagus untuk dilihat.
“Kami fikir dia mungkin boleh bermain 90 (minit), kami mahu memberikannya 90 minit namun mengambil keputusan untuk mengeluarkannya dalam separuh masa kedua.”
Diogo Jota turut berjaya bertindak selaku penjaring pada penghujung permainan sekaligus memastikan dua kemenangan daripada dua perlawanan Liverpool dalam saingan UEL musim ini.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#UEL
#Ryan Gravenberch
#Union Saint-Gilloise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan