awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEL: West Ham didenda UEFA, penyokong tidak dibenarkan ke Vienna

Astro Arena
Astro Arena
18/11/2021
05:41 MYT
UEL: West Ham didenda UEFA, penyokong tidak dibenarkan ke Vienna
The Hammers kini terpaksa melalui perlawanan di Vienna pada 25 November ini tanpa kehadiran penyokong. - Foto Astro ARENA
WEST Ham mengesahkan bahawa mereka telah menerima denda daripada Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan penyokong mereka tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Europa (UEL) menentang Rapid Vienna.
Ia susulan beberapa penyokong mereka telah masuk ke dalam stadium tanpa tiket dan membuat gangguan sewaktu kunjungan pasukan itu ke laman Genk dalam saingan UEL pada 4 November lalu -- di mana perlawanan itu berakhir 2-2.
Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin UEFA mengenakan dua denda berjumlah keseluruhan €34,500 (RM163,418) ke atas kelab itu selepas didapati melanggar Artikel 162(2)(h) Undang-Undang Disiplin UEFA yang berkaitan dengan gangguan daripada penyokong dan Artikel 16(2)(b) berkenaan objek yang dilemparkan penyokong pelawat.
The Hammers kini terpaksa melalui perlawanan di Vienna pada 25 November ini tanpa kehadiran penyokong.
Pasukan itu tidak pernah tewas dalam empat perlawanan pertama UEL musim ini untuk menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan 10 mata dan hanya perlu mengatasi keputusan Dinamo Zagreb menentang Genk bagi mengesahkan tempat ke pusingan 16.
Kelab itu juga menawarkan bayaran balik buat penyokong mereka yang telah membeli tiket perlawanan itu dan menggesa mereka agar tidak berkunjung ke Austria.
West Ham United statement.
— West Ham United (@WestHam) November 17, 2021
Topic Berkaitan
#West Ham didenda
#UEFA
#penyokong masuk stadium tanpa tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan