awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jururawat Melayu suap makan kepada pesakit India dapat pengiktirafan KKM
Pan-gon harap insiden kad merah matangkan Harith Haiqal
Internet disekat dua minggu, pendapatan rakyat Iran terjejas teruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 249 diteruskan tanpa Khabib, Justin Gaethje akan lawan Tony Ferguson

Haider Yutim
Haider Yutim
07/04/2020
12:09 MYT
UFC 249 diteruskan tanpa Khabib, Justin Gaethje akan lawan Tony Ferguson
Tony Ferguson (kiri) akan bertemu Justin Gaethje yang juga dari Amerika Syarikat bagi merebut gelaran lightweight interim UFC. - Foto Instagram/@UFC
SEPERTI yang dijangka pertarungan ‘epik’ di antara Khabib Nurmagomedov dan Tony Ferguson terpaksa dibatalkan untuk kali yang kelima, susulan ancaman wabak COVID-19.
Bagaimanapun, UFC memaklumkan bahawa acara utama di UFC 249 pada 18 April itu akan tetap diteruskan di mana Khabib akan digantikan dengan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje.
Gaethje (21-2) akan bertemu Ferguson (25-3) yang juga dari Amerika Syarikat bagi merebut gelaran lightweight interim UFC.
Pemenang bagi pertarungan ini seterusnya akan bertarung pula dengan Khabib selaku juara lightweight UFC sebenar.
Menurut Presidennya Dana White, UFC 249 akan diadakan secara tertutup tanpa penonton di satu lokasi yang akan diumum nanti.
The fight is signed and is 100% ON LIVE on ESPN somewhere on EARTH!!!! @TonyFergusonXT vs @Justin_Gaethje is LIVE on @espn+ PPV April 18th for the interim lightweight belt! pic.twitter.com/aH44zg5K30
— danawhite (@danawhite) April 6, 2020
Khabib pada mulanya dijadualkan bertemu Ferguson dalam acara tersebut, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana tidak dapat meninggalkan negaranya, Rusia susulan sekatan perjalanan yang dikenakan.
Petarung berusia 31 tahun itu menerusi posting di Instagramnya sebelum ini sudah pun memberi bayangan terpaksa menarik diri daripada acara itu kerana UFC dikatakan gagal menetapkan venue yang sesuai untuknya.
BACA: 'Sekarang masa untuk fikir tentang kesihatan' - Khabib tarik diri bertarung dengan Ferguson?
Untuk rekod, pertarungan antara Khabib dan Ferguson telah cuba diadakan sebanyak empat kali sebelum ini, namun terpaksa dibatalkan atas sebab kecederaan kedua-dua petarung.
STRAP IN. #UFC249 pic.twitter.com/jXPNYAjX3h
— UFC (@ufc) April 6, 2020
Khabib pada 7 September lalu berjaya mengekalkan kejuaraanya selepas menewaskan Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Dana White
#interim lightweight
#juara lightweight
#Justin Gaethje
#Khabib Nurmagomedov
#Rusia
#Tony Ferguson
#UFC
#UFC 249
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan