Selepas mempamerkan skil ‘ground game’ yang memberangsangkan, petarung MMA Rusia, Islam Makhachev membuktikan bahawa dia kini sudah bersedia untuk berdepan petarung terbaik di UFC.
Dalam aksi UFC 259 sebentar tadi, jaguh kelahiran Dagestan itu berjaya menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi ‘submission’ pada pusingan ketiga.
Makhachev dilihat mendominasi lawannya pada pusingan pertama melalui kemahiran ‘jiu-jitsu’ yang tinggi, serta hampir mengunci Dober dengan ‘arm-bar’.
Bagaimanapun, Dober berjaya melepaskan diri di saat akhir pusingan tersebut.
Pusingan kedua menyaksikan Makhachev melakukan beberapa ‘take down’ terhadap Dober, sekali lagi membawa pertarungan ke lantai Octagon.
Pada pusingan ketiga, Dober yang sudah kehabisan tenaga, akhirnya menyerah kalah apabila Makhachev melakukan kuncian ‘arm-triangle choke’ pada minit 1:37.
Keputusan itu turut melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut.
Dalam temu bual selepas perlawanan, Makhachev, 29, menyatakan dia sudah bersedia untuk menerima cabaran dari petarung terbaik dari divisyen lightweight.
Dia juga menyasarkan untuk bersaing bagi merebut kejuaraan tahun depan.
“Awal 2022 nanti, saya akan bertarung untuk kejuaraan,” katanya.
Makhachev juga merupakan bekas juara dunia gusti sambo dan rakan sepasukan juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov.
Dia juga dilatih oleh Khabib yang turut menjadi ‘cornerman’ untuk pertarungan ini.
Haider Yutim
Sun Mar 07 2021

Kemenangan terbaharu ini melebarkan rekod kemenangan Makhachev kepada 19-1, beserta rekod kemenangan tujuh kali berturut-turut. - Foto Instagram/@UFC

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

COVID-19 | Jepun mulakan program vaksin warga tua
Jepun memulakan vaksinasi COVID-19 untuk populasi warga tua yang besar pada Isnin. Negara itu menghadapi kekurangan dos vaksin yang diimport serta kemungkinan sukar untuk menghentikan gelombang keempat pandemik.

Pandemik COVID-19 | PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya. Ini ditujukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan wang yang banyak semasa pandemik COVID-19 dalam usaha untuk mengurangkan jurang ketidaksamarataan.

COVID-19 | Kes positif global melebihi 136.29 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 136.29 juta. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

'Matchmaking' pertarungan, apa seterusnya selepas UFC 259?
Setiap kali berakhirnya acara UFC, pasti topik perbualan dan perdebatan di kalangan penganalisis, pengkritik mahupun peminat MMA akan tertumpu kepada apakah langkah seterusnya?

UFC 259: 7 kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sasar kejuaraan lightweight
Petarung Rusia, Islam Makhachev menewaskan Drew Dober dari Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan ketiga.

Empat juara dunia dalam tiga kelas berat berbeza, UFC 259 acara paling gah setakat ini
Ahad ini bakal menyaksikan satu lagi acara 'pay-per-view' (PPV) anjuran UFC, sebuah organisasi sukan seni bela diri campuran (MMA) terbesar dunia.

UFC 242: Khabib dan pasukan sudah berlepas ke Abu Dhabi?
Khabib Nurmagomedov dan pasukannya dipercayai telah berlepas ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk acara UFC 242.

Khabib dan keluarga pilih Mekah sambut kedatangan Syawal
Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov memilih untuk menghabiskan penghujung Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal di tanah suci Mekah, Arab Saudi.

Islam Makhachev, prospek baharu UFC dari Dagestan
Petinju lightweight Russia, Islam Makhachev menewaskan rakan senegara Arman Tsarukyan di UFC Fight Night 149 di St Petersburg.