awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'

Haider Yutim
Haider Yutim
30/10/2021
23:14 MYT
UFC 267: Sembilan kemenangan berturut-turut, Islam Makhachev kini sedia untuk 'title fight'
Selepas mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC. - Foto Instagram/@Islam_Makhachev
SELEPAS mencatat kemenangan kesembilan berturut-turut, Islam Makhachev akui sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut kejuaraan gelaran lightweight UFC.
Dalam acara UFC 267 awal pagi tadi, petarung sensasi lightweight itu berjaya menundukkan Dan Hooker dari New Zealand dalam hanya 2 minit, 25 saat di pusingan pertama.
Pertarungan yang berlangsung di Etihad Arena, Abu Dhabi itu menyaksikan Makhachev menewaskan Hooker menerusi kuncian kimura.
Hooker yang rebah selepas dijatuhkan pada minit pertama, terpaksa menyerah kalah apabila tangan kanannya dipulas ke belakang oleh Islam.
Pengadil Daniel Movahedi kemudiannya mencelah untuk menghentikan perlawanan, sekali gus mengisytiharkan Islam sebagai pemenang.
Keputusan itu melebarkan rekod profesional Makhachev kepada 21 - 1.
Sementara itu, dalam temu bual pasca pertarungan, Makhachev, 30, berkata dia sudah menjangkakan kemenangan itu kerana teknik ‘ground game’ yang dimilikinya adalah yang terbaik dalam divisyennya.
“Kini masanya (untuk pertarungan kejuaraan). Dia (Hooker) berada di ranking keenam. Sekarang saya perlu bersuara. (Saya mempunyai) sembilan kemenangan berturut-turut.
“Saya bersedia untuk ‘title fight’ (pertarungan kejuaraan). Tak kisah. Agak ‘mengantuk’ melihat divisyen ini. Saya telah ‘mengejutkannya’ dari tidur.
“Saya datang untuk ambil tali pinggang ini dan memegang tali pinggang ini untuk tahun yang lama,” kata petarung dari Dagestan, Rusia itu.
BACA: Islam Makhachev catat kemenangan kelapan berturut-turut dalam UFC
BACA: UFC 267: Prebiu penuh pra-pertarungan Islam Makhachev vs Dan Hooker
Makhachev juga merupakan bekas juara dunia gusti sambo dan rakan sepasukan bekas jaguh UFC, Khabib Nurmagomedov.
Dia juga dilatih oleh Khabib yang turut menjadi ‘cornerman’ untuk pertarungan ini.
Topic Berkaitan
#UFC 267
#Islam Makhachev
#lightweight
#title fight
#Dan Hooker
#MMA
#Mixed Martial Arts
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan