awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 323: Petr Yan runtuhkan takhta Merab, raih kejuaraan bantamweight

Haider Yutim
Haider Yutim
07/12/2025
06:37 MYT
UFC 323: Petr Yan runtuhkan takhta Merab, raih kejuaraan bantamweight
Presiden UFC Dana White memakaikan tali pinggang kejuaraan bantamweight UFC pada Petr Yan. - Foto Instagram/@UFC
MERAB Dvalishvili gagal mempertahankan kejuaraan bantwamweight miliknya selepas tewas kepada pencabar dari Rusia, Petr Yan, menerusi keputusan sebulat suara dalam aksi lima pusingan UFC 323 sebentar tadi.

Ringkasan AI
  • Petr Yan menewaskan Merab Dvalishvili dalam pertarungan UFC 323 menerusi keputusan sebulat suara, menjadikan Yan rekod profesionalnya kini 22-4.
  • Yan mendominasi pertarungan dengan serangan yang berkesan, mengekang usaha takedown Merab dan mendaratkan kombinasi serangan yang menggoyahkan lawannya.
  • Joshua Van dinobatkan sebagai juara flyweight UFC baru selepas lawannya, Alexandre Pantoja, mengalami kecederaan serius di siku pada pusingan pertama, menjadikan Van juara kedua termuda dalam sejarah UFC pada usia 24 tahun.

Pertarungan acara utama itu bermula sengit dengan kedua-dua petarung saling membalas serangan, namun ketepatan tumbukan Yan serta tekanan berterusan mula memberi kesan apabila Merab mula berdarah di bawah mata kiri.
Walaupun penyandang gelaran itu memulakan pusingan kedua dengan lebih agresif, Yan kekal tenang, mempertahankan cubaan takedown dan mendaratkan hook kiri serta serangan badan yang mengekang momentum Merab.
Yan terus mendominasi pusingan ketiga dan keempat, termasuk mendaratkan sepakan ke bahagian perut yang jelas menggoyahkan Merab, selain mematahkan hampir kesemua percubaan takedown juara itu.
Pada pusingan terakhir, Yan semakin garang dengan serangan ke badan, kombinasi satu-dua, dua tumbukan atas serta serangan lutut ke muka sebelum menutup pertarungan dengan satu lagi takedown.
Setelah tamat pertarungan, ketiga-tiga juri memberikan mata 49-46, 49-46, 48-47 yang memihak kepada Yan, yang kini melebarkan rekod profesionalnya kepada 22-4.
Ini merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua jaguh itu selepas aksi 'UFC Fight Night: Yan vs. Dvalishvili' pada Mac 2023 yang memihak kepada Merab.
Sebagai rekod, Yan pernah meraih kejuaraan bantamweight pada Julai 2020 pada aksi UFC 251, selepas menewaskan José Aldo.
Bagaimanapun, dia kemudiannya kehilangan gelaran tersebut kepada Aljamain Sterling pada Mac 2022 ketika acara UFC 272.
Sementara itu, alam aksi kedua utama pula, Joshua Van dinobatkan juara flyweight UFC baharu selepas Alexandre Pantoja mengalami kecederaan serius di siku pada awal pusingan pertama.
Pantoja terjatuh ketika cuba mendarat selepas tendangannya disambut Van, dan pengadil Herb Dean tanpa melengahkan masa, terus menghentikan pertarungan sebaik melihat kecederaan ngeri tersebut.
Kemenangan ini sekali gus mengangkat Van sebagai juara kedua termuda dalam sejarah UFC iaitu pada usia 24 tahun.
Van yang mengibarkan bendera Myanmar, bukan sahaja petarung pertama dari negaranya yang merangkul gelaran UFC, tetapi juga petarung lelaki pertama kelahiran Asia yang menjadi juara dalam sejarah organisasi tersebut.
Topic Berkaitan
#UFC 323
#Merab Dvalishvili
#Petr Yan
#bantamweight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan