awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian doping: Keputusan sampel B atlet negara diketahui minggu depan

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2014
10:10 MYT
Ujian doping: Keputusan sampel B atlet negara diketahui minggu depan
KHAIRY: Keputusan ujian doping Sampel B atlet negara tidak akan diketahui minggu ini. -Gambar fail
Keputusan ujian doping Sampel B seorang atlet terkemuka negara tidak akan diketahui minggu ini, walaupun hasil ujian itu akan dimaklumkan pada Rabu.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan ujian Sampel B akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan badan induk tersebut akan membuat kajian penemuan hasil ujian tersebut.
"Jika ia masih positif, mereka akan memaklumkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan penyelesaian isu tersebut mengambil masa beberapa hari," katanya.
Dalam pada itu, dilaporkan ikon sukan negara tersebut telah berlepas ke Oslo, Norway diiringi pegawai BAM dan Institut Sukan Negara (ISN) pada malam Isnin untuk membuka Sampel B air kencing miliknya.
Proses menguji Sampel B akan berlangsung jam 5 petang pada Rabu di Makmal Kawalan Doping Norway, Hospital Universiti, Oslo selepas Sampel A atlet terbabit didapati positif Dexamethasone, bahan anti radang yang biasa terdapat dalam ubat alergi atau asma.
Jika ujian pada Sampel B juga didapati positif, ia bakal menjadi tamparan paling hebat susulan kegagalan kontinjen Malaysia mencapai sasaran pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Dalam perkembangan sama, Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh yang turut mengiringi atlet tersebut ke Oslo, dilaporkan telah bersiap-sedia dengan Pelan B jika ujian sampel kedua ini didapati positif.
Jika keadaan tidak memihak kepada Malaysia, BAM akan mengemukakan rayuan kepada Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan BWF.
Topic Berkaitan
#doping
#Khairy Jamaluddin
#sampel B
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan